воскресенье, 23 декабря 2012 г.

Sang Pelukis



Hari ini, dia berkongsi ilmu berkongsi rasa,
Rasa seorang pelukis, di bawah lembayung ilmu Allah,
Rasa seorang watak, di bawah lembayung kasih Sang Pelukis.

Genap 20 tahun umurnya, kira-kiranya hampir 10 tahun tangan kanan itu laju
melakar diatas kanvas dan kertas, kira-kiranya jika dikumpul semuanya, mungkin
sudah boleh menyelamatkan sebuah hutan. Sarkastik. Namun barangkali.
Ya, 10 tahun sudah berlalu dan tangan kanan itu masih melukis, dengan subjek yang berbeza-beza ; lelaki, perempuan, anak-anak, keluarga, pepohon, makhluk melata, bermacam lagi... dan masih melukis, terus melukis...

10 tahun sudah berlalu, namun masih belum ada secalit kesempurnaan di atas kanvas-kanvas
itu pada hematnya, masih belum ada riak kecantikan yang mulus di atas kanvas-kanvas itu pada
rasanya. Aneh, aneh sekali... Walhal pada pandangan kebanyakan, lakarannya itu cukup kemas,
tepat, cantik, mencairkan hati yang melihat dengan kecemburuan,  
Namun padanya, masih belum lagi, masih belum lagi.
aneh, aneh sekali. Dia sudah melengkapkan segala yang diperlukan pada karya barunya ;bentuk wajah yang tepat, alis mata dan bibir yang cukup memikat, tona warna yang realistik dengan sentuhan akhir yang cukup memuaskan hatinya. Diamatinya betul-betul pada lakaran itu. Ya. Cantik. Namun terlalu jauh definisinya dari kesempurnaan. Ingin ditambah sesuatu,
tetapi gerakan tangannya terhenti kerna lakarannya sudah cukup. Cukup namun tidak sempurna.

Dia terduduk, menengadah ke langit. Tersenyum.
“Alangkah hebatnya Engkau, wahai Allah” bisik hatinya.
Dicapainya naskhah yang terletak kemas di sudut meja, diselak halamannya mencari
sesuatu. Tersenyum. Di dalam naskhah inilah dia menemui jawapan dibalik persoalan
dan misteri di atas kanvasnya. Inilah naskhah, kitab al-Quran yang tiada keraguan padanya,
manual kehidupan kepada yang mengambil pelajaran.
Diselaknya halaman 556 yang menempatkan surah at-Taghabun, sambil matanya mencari-cari
ayat yang telah mengubah hidupnya itu. Ahah, jumpa. Tersenyum lagi.



خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ بِٱلْحَقِّ وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ  ۖ وَإِلَيْهِٱلْمَصِيرُ

Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepadaNyalah tempat kembali.” [64:3]
‘Shawwarakum fa ahsana shuarakum’.
“Menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu”


Ya. Cebisan kalimah Allah inilah hikmah baginya. Cebisan kalimah ini yang turut berulang di
dalam surah al-Ghaffir, ayat 64 inilah yang memberi seribu satu pengertian bagi pelukis
muda ini. Mungkin bagi kebanyakan, ia tidak mempunyai pengertian yang lebih dari
‘Allah menciptakan rupa manusia dengan elok’ namun baginya tidak. Lebih. Lebih dari itu.
Terngiang-ngiang di ruang mindanya akan perbualan antara dia dan murobbinya dulu.
=======================================================================
خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ بِٱلْحَقِّ وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ  ۖ وَإِلَيْهِٱلْمَصِيرُ

Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepadaNyalah tempat kembali.” [64:3]

“Dalam ayat ni, Allah menggunakan perkataan صور yang memberi makna rupa, outlook, gambar
secara berulang, menunjukkan betapa hebatnya Allah”

“Maksud abang? Betapa hebatnya Allah? Explain.”

“Awak suka melukis kan?”

“Errr.. Yes, so?”

“Awak ade tak satu lukisan yang awak rasa the best awak pernah lukis so far?”

“Emm,.. ade la satu dua kot”

“Berape lame awak amek untuk lukis lawa-lawa then kaler habis-habisan untuk lukisan tu?”

“Minimum 2 hari la jugak, kadang-kadang rest seminggu dua sebelum sambung kaler n final touch”

“Lepas dah siap semua-semua tu, awak buat apa? Tambah lagi?”

“Err.. Biar jela, kalau tambah lagi buruk pulak”


“Hehehe... awak tau tak, aktiviti and penat lelah awak selama dua hari minimum tu, cuma satu kalimah je dari ayat ni sebenarnya? Silap-silap tak sampai pun.”

“Aik? Seriously? Camne pulak tu?”

“Didalam ayat ni, Allah menerangkan, stages, camne Allah menciptakan rupa bentuk kita:

::Stage yang pertama, Allah kata ‘
Shawwarakum’- Allah lukis2, lakar2, plan2, mold2 etc dan menciptakan rupa bentuk kita dengan lengkap, tiptop, best dah”
Seumpamanya, awak lukis2, lakar2, plan2 etc  kat atas kanvas dan menciptakan karya awak, lengkap. Mmmuah.. mabeles dah.

:: Stage yang kedua, Allah kata ‘
Fa Ahsana Shuwarakum’ - Dengan hasil yang lengkap dan mantap tadi, Allah memperelokkan lagi rupa paras manusia!! Kiranya, Allah memperindahkan lagi yang dah best tadi, Best of the bestest best la ni~
Seumpamanya, awak dah cakap kat saye tadi, kalau tambah lagi buruk pulak kan?
Semuuuaaaaaaa pelukis atas muka bumi ni, FAIL sefail2nya untuk pergi ke 2nd stage ni,
Contoh la,.. emm.. ok, Mona Lisa. Cube kalau awak lawakan lagi lukisan tu, camne?”

“Hahaha.. impossibru la bang, da Vinci kot”

“Kan? Trust me, kalau da Vinci tu hidup balik pun die boleh termenung je depan lukisan tu,
Kalau die buat gak pun, konfem huduh gak. Heheh..
Hanya Allah je yang mampu membestkan lagi karya yang sememangnya best.
Allah adalah Sang Pelukis yang paling OHSEM!”

“Oh ya, satu lagi,.. tadi awak kata lukisan awak yang paling lawa bape lame buat? 2 minggu?”

“Haah,. lebih kurang la”

“Cuba awak tadabbur surah Yaasin ayat 82”

Gopoh dia menyelak lembaran al-Quran. Jumpa. Matanya tekun meneliti bait-bait ayat 82 itu.


إِنَّمَآ أَمْرُهُ إِذَآ أَرَادَ شَيْئاً أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau! . Maka ia terus menjadi ” [36:82]

Petang itu menyaksikan titisan jernih air mata laju membasahi pipi pelukis muda itu. Ditekup mukanya yang kemerahan itu. Merah menanggung malu. Bukan pada murobbinya, bukan juga pada dirinya, tetapi kepada Allah, Tuhan Yang Maha Mencipta. Pelukis Teragung.

“Subhanallah! Subhanallah!” getus hatinya. Getar rasanya.

=======================================================================

Terasa indah melayan memori cinta Rabbani itu. Terasa ngilu dan sebak di dalam dada apabila dialunkan ayat itu berulang kali di batang lidahnya. Digenggam erat naskhah suci itu. Tangisan tanpa suara. Getaran tanpa irama. Ya Allah, alangkah hebatnya Engkau, Ya Allah! Tersenyum.

Bingkas dia bangun, mencapai marker Sharpie di atas meja, mencoret sesuatu di atas kanvas
yang memaparkan karya terbarunya. Ringkas namun Sempurna.


“95:4-6”

Tersenyum lagi. Berbunga.













пятница, 7 декабря 2012 г.

Crepe


Assalamualaikum w.b.t
Peace be upon you J

Sejak akhir-akhir ini, durian crepe sudah menjadi satu icon luar biasa impaknya di Malaysia, tidak kurang di luar Malaysia. Sebagai bukti, aura durian crepe dapat dihidu oleh kita nun jauh di benua eropah. Belajar di luar negara telah menjadikan pelajar-pelajar lebih berinovatif dalam bekerja, terutamanya ketika memasak. Kalau tak dapat durian crepe, banana crepe pon jadilah kan? ;)

IMAM Volgograd dengan rasa besar hati ingin kongsikan resipi banana crepe yang mudah dan senang, khas buat pelajar medic yang sentiasa kesuntukan masa. Balik kelas penat-penat pun boleh buat. Selamat mencuba!

-gambar hak milik google-

BANANA CREPE WITH CHOCOLATE TOPPING
Bahan-bahan
50g tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
3 sudu teh mentega (cairkan)
160 ml air
40ml susu cair
2 sudu besar gula halus
Pewarna (ikut citarasa)

Cara memasak
1.      Baca Bismillahirrahmanirrahim. J

Adunan
2.      Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang dah diayak, gula halus, susu cair dan telur yang dah dipukul sampai kembang. Kacau adunan hingga sebati.
3.      Masukkan esen vanilla, air, mentega cair dan pewarna.
4.      Akhir sekali, tapis adunan untuk hasil yang lebih cantik.

Masak
5.      Kemudian, di atas kuali leper (non-stick)  yang telah panas, tuangkan ½ senduk adunan dan bentukkan menjadi bulat / ikut kreativiti.
6.      Masak sampai bahagian bawah adunan kering. (kering tau, bkn hangit)
7.      Jangan terbalikkan adunan semasa proses memasak. Apabila bahagian bawah dah masak, boleh angkat dan pindahkan ke atas bekas.

Isi dan balut
8.      Kemudian, susun pisang yang telah dipotong/dihancurkan di atas  crepe yang telah siap. Kemudian, lipat mengikut kreativiti.
9.      Akhir sekali, tuangkan coklat cair di atas crepe. Boleh juga dihidang bersama aiskrim. But hey its winter right now, maybe we should consider something else rather than ice-cream? J Best of luck!

-cahayatermasyhur-