воскресенье, 25 марта 2012 г.

Medical Cultural Night (MCN) IMAM VSC 2012

Assalamualaikum w.b.t!


setelah hampir sebulan Bulan IMAM dilancarkan, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan. hampir kesemua biro biro IMAM telah bekerja bersungguh-sungguh dalam memperkenal dan menjayakan aktiviti dan perancangan masing masing. alhamdulillah.


oleh itu, sebagai menghiasi majlis penutup Bulan IMAM 2012 ini, kami daripada pihak IMAM ingin mewujudkan sesuatu yang lain daripada yang lain, iaitu Medical Culture Night.


Aktiviti yang julung-julung kalinya diadakan di Volgograd bersempena dengan Majlis Penutup
Bulan IMAM 2012. Malam tersebut akan dihiasi dengan persembahan-persembahan daripada para
pelajar Volgograd State Medical University.Antara persembahan yang bakal menghiburkan anda
pada malam kebudayaan tersebut adalah :

1. Persembahan Nasyid
2. Deklamasi Sajak
3. Sketsa
4. Persembahan Band
5. Pencak Silat
6. Dikir Barat oleh "Warisan Bangsa"

MCN juga akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat daripada Pejabat Kedutaan
Malaysia ke Rusia.



Buat pengetahuan semua MCN terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang berada di Volgograd.
Jadi jangan lupa untuk mengajak kawan-kawan anda tidak mengira bangsa atau agama untuk turut serta dalam memeriahkan lagi malam kebudayaan tersebut.

Seperti yang sedia maklum sekarang sedang berlangsung aktiviti-aktiviti Bulan IMAM, jadi pada malam tersebut juga akan diadakan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.

Berikut merupakan butir-butir Medical Cultural Night (MCN) :

Tarikh : 31hb Mac 2012
Masa : 3.30-6.00 petang
Tempat : Aktovi Zal, VSMU 








Bersama memeriahkannya! insyaAllah!


wassalamualaikum.
















Muhammad Faizzuddin bin Abd Rahman,
Biro Media IMAMVSC 2012.

0 коммент.:

Отправить комментарий