суббота, 19 ноября 2011 г.

DOKTOR LELAKI DAN PESAKIT WANITA

Apakah hukum doktor lelaki merawat pesakit wanita atau sebaliknya dan apakah dalil-dalil dan alasan-alasannya?

Soalan ini mungkin pernah terlintas dalam benak fikiran bukan?

Dan semestinya, jawapan kita mudah – Tentulah boleh! Kata darurat!

Pada asalnya tidak boleh, lebih-lebih lagi apabila melibatkan mereka berdua sahaja di dalam bilik. Pada asalnya, pesakit lelaki tidak boleh dirawat kecuali oleh doktor lelaki sahaja dan pesakit perempuan tidak boleh dirawat kecuali oleh doktor perempuan sahaja.

Dalilnya ialah firman Allah swt:

”...Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci dari hati kamu dan hati mereka...” – Al Quran Surah Al-Ahzab : 53.

Firman Allah lagi:

”...Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka...” – Al Quran Surah An-Nur : 31.

Pesakit lelaki adalah orang asing bila dinisbahkan kepada doktor wanita dan pesakit wanita adalah orang asing bila dinisbahkan kepada doktor lelaki. Kepala dan muka termasuk kepada perhiasan yang besar sekali.

Daripada Uqbah Bin Amir r.a katanya; Rasulullah s.a.w bersabda:

”Jauhilah daripada bersunyi-sunyian dengan kaum wanita. Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, apa pandangan tuan mengenai al-Hamu? Sabda Baginda: Al-Hamu adalah maut”. ( Muttafaqun ’alaih).

Daripada Jabir Bin Abdillah r.a, katanya:
” Saya pernah bertanya kepada Rasulullah tentang pandangan yang berlaku secara tiba-tiba. Baginda menyuruh saya memalingkan wajah daripada pandangan itu” (Muslim)

Sebuah hadith lagi daripada Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
”Tidak ada seorang lelaki yang bersunyi-sunyian dengan seorang wanita melainkan pihak ketiganya adalah syaitan”

Daripada Usamah Bin Zaid r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
”Aku tidak meninggalkan selepasku satu fitnah yang paling memudaratkan kaum lelaki selain daripada kaum wanita” (Muttafaqun ’alaih).



Daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
”Sesungguhnya dunia itu manis lagi menghijau dan sesungguhnya Allah melantik anda menjadi khalifah di atasnya. Dia akan melihat apa yang anda semua lakukan. Takutilah dunia dan takutilah wanita, kerana sesungguhnya fitnah pertama yang berlaku di kalangan kaum Bani Israel adalah disebabkan oleh kaum wanita”. (Muslim).

Allah s.w.t berfirman:

”.....Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.” – Al Quran Surah An-Nur : 30

Firman Allah s.w.t bermaksud:

”.. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kebormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya..” – Al Quran Surah An-Nur : 31

Dalil-dalil ini menunjukkan dengan jelas, yang syariat beriya-iya benar untuk mempastikan kedudukan lokasi wanita jauh sedikit dengan kaum lelaki dan begitulah sebaliknya. Dengan itu dapat difahami bahawa pesakit lelaki tidak boleh dirawat kecuali oleh doktor lelaki sahaja, manakala pesakit wanita tidak boleh dirawat kecuali oleh doktor wanita sahaja. Tidak harus sama sekali menjadikan isu ini sebagai isu yang masih boleh dijadikan bahan untuk dialog, yang boleh diteriman dan ditolak natijahnya, kerana ia merupakan isu yang telah dijelaskan dengan dalil-dalil yang mantap, manakala para ulama pula telah mengeluarkan kata putus tentangnya.

Adalah menjadi kewajipan kepada pihak kementerian kesihatan mewujudkan bahagian khas untuk kaum wanita dan yang bertugas di situ hanyalah doktor-doktor dari kalangan kaum wanita sahaja yang melibatkan kesemua lapangan kepakaran. Begitu juga perlu diperuntukkan bahagian khusus untuk rawatan kaum lelaki dan doktor-doktor yang bertugas disitu pula juga dari kalangan kaum lelaki sahaja. Perkara ini sebenarnya boleh mereka lakukan.

Allah s.w.t pasti akan bertanya pihak yang berkenaan tentang perkara tersebut, kerana bertanggungjawab terhadap rakyat jelata yang sakit. Kita berdoa dengan nama Allah yang Maha Agung, agar memberi taufik kepada pihak yang bertanggungjawab membantu mereka melaksanakan inspirasi tersebut dan menjauhkan mereka daripada kejahatan para penyeru ke arah pembaratan dan fitnah.

Walaubagaimanapun, jika wujud keadaan darurat dan kebetulan pula tidak ada doktor wanita setelah dicari dan diusahakan untuk mendapatkannya, sebaliknya yang ada hanyalah doktor lelaki, begitu juga dalam kes sebaliknya yang ada hanyalah doktor wanita sahaja, keadaan tersebut dikira sebagai keadaan darurat.

Sebelum ini kita telah menjelaskan konsep tidak ada perkara haram apabila bertembung dengan keadaan darurat. Walaubagaimanapun keadaan darurat ditentukan mengikut kadarnya, kerana para ulama fiqh telah memperakui keadaan darurat mengharuskan yang haram dan keadaan darurat itu perlu diukur mengikut kadarnya sahaja. Dengan itu diharuskan melakukan perkara haram dalam situasi darurat mengikut kadar yang diperlukan sahaja, sebagaimana yang terdapat di dalam firman Allah s.w.t;

”....padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya...” – Al Quran Surah Al An’am : 119

Walaubagaimanapun, sewajarnya kepada pesakit lelaki dan wanita melahirkan perasaan tidak suka kepada situasi tersebut di dalam hati masing-masing. Mereka perlu meyakini, jika tidak kerana keadaan darurat sudah tentu mereka tidak akan terlibat dengan rawatan seumpama itu.




Ahmad Ramdan Zainordin.

Sumber kajian utama : Isu-Isu Fiqh Perubatan Semasa (Al Syeikh Walid Rasyid Al Su’aidan) dan Dr. Mohd. Puzhi Bin Usop (UIAM).

1 коммент.:

AZNIAL RAHMAT комментирует...

Permanent Doctor Diperlukan (Urgent!)

Greetings !

Kami mempunyai sebuah klinik di Pusat Komersil Bandar Sungai Long Kajang & dalam proses untuk membuka sebuah lagi cawangan klinik di Ampang. Kami sedang mencari Potential Doctors yang berminat untuk menyertai kami. Details seperti berikut : 

Vacancy - 1 Permanent Doctor (Denai Alam) - offering RM7000/month 

Requirement 
- preferably doctor wanita yang peramah kerana kami ramai patient wanita & kanak-kanak 
- doctor with valid APC 
- flexible (boleh adapt dengan perubahan jadual klinik) 
- high tolerance level 
- High discipline level 

Yang berminat boleh menghubungi Ir. Aznial Rahmat di no 012-3129264 atau email CV ke aznial@gmail.com

Terima kasih.

Отправить комментарий