суббота, 7 апреля 2012 г.

Misi Medik Malaysia (M3) : Sungai Lui



“Misi Medik Malaysia(M3) : Sungai Lui” adalah satu program yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) Volgograd Student Chapter (atau lebih dikenali sebagai Persatuan Perubatan Islam Malaysia) yang bakal diadakan di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Program ini merupakan cetusan idea daripada mahasiswa-mahasiswi Volgograd State Medical University (VSMU), Russia dan dibantu oleh PPIM/IMAM Pusat dengan kerjasama semua Guru Besar Kumpulan Dinamik Zon Cheras.
Program khidmat masyarakat ini diharapkan dapat memberi  pendedahan awal kepada para mahasiswa VSMU mengenai gerak kerja sebagai seorang doktor di Malaysia serta cara hidup masyarakat setempat supaya mampu menyusaikan diri apabila telah memasuki alam pekerjaan kelak. Disamping itu juga, diharapkan program seperti ini mampu memberi kesedaran kepada mahasiswa VSMU tentang semangat kemasyarakatan dan kerja berpasukan.
Beberapa aktiviti telah dimuatkan dalam program ini, antaranya pemeriksaan kesihatan percuma kepada semua penduduk kampung Sungai Lui, ceramah kesihatan serta aktiviti-aktitiviti rekreasi kepada para peserta program bagi merapatkan hubungan antara para peserta dengan penduduk kampung. Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perubatan ini diharapkan mampu memberikan impak yang positif kepada mahasiwa mahasiswi VSMU supaya terus bersemangat untuk menimba ilmu walaupun bukan dinegara sendiri dan akhirnya menjadi seorang doktor yang mampu untuk berkhidmat kepada agama,bangsa dan negara, InsyaAllah.
Menjadi harapan kami agar penduduk setempat dan mahasiswa mahasiswi memperoleh manfaat dari program ini dan dalam pada masa yang sama memperkenalkan bakal-bakal doktor daripada VSMU serta PPIM/IMAM itu sendiri kepada masyarakat setempat. Mudah-mudahan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh IMAM Volgorad Student Chapter ini mampu membentuk para mahasiswa VSMU kearah kecemerlangan duniawi dan ukhrawi, InsyaAllah.


Butir-butir program adalah seperti berikut
Tarikh : 6-8 Julai 2012
Tempat : Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan
Yuran : RM100 (**kepada 15 peserta terawal hanya RM70)
Penginapan : Keluarga Angkat penduduk Kampung Sungai Lui
Pengangkutan : Disediakan (berkumpul di KL Central)

Antara AKTIVITI yang disediakan :
i. pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk kampung
ii. Medical Talk (akan disampaikan oleh doktor-doktor daripada IMAM Pusat)
iii. program motivasi kepada murid-murid tahun 6 oleh pelajar perubatan Rusia mahupun Malaysia
iv. sukaneka bersama penduduk kampung
v. gotong-royong dan khidmat masyarakat

Kepada sesiapa yang berminat anda boleh terus mengisi borang online di http://form.jotformeu.com/form/20743542757356

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi :

Muslimin : Aizzat (89377373473)
Muslimat : Siti Nurhazwani (89377253396)


0 коммент.:

Отправить комментарий