пятница, 7 декабря 2012 г.

Crepe


Assalamualaikum w.b.t
Peace be upon you J

Sejak akhir-akhir ini, durian crepe sudah menjadi satu icon luar biasa impaknya di Malaysia, tidak kurang di luar Malaysia. Sebagai bukti, aura durian crepe dapat dihidu oleh kita nun jauh di benua eropah. Belajar di luar negara telah menjadikan pelajar-pelajar lebih berinovatif dalam bekerja, terutamanya ketika memasak. Kalau tak dapat durian crepe, banana crepe pon jadilah kan? ;)

IMAM Volgograd dengan rasa besar hati ingin kongsikan resipi banana crepe yang mudah dan senang, khas buat pelajar medic yang sentiasa kesuntukan masa. Balik kelas penat-penat pun boleh buat. Selamat mencuba!

-gambar hak milik google-

BANANA CREPE WITH CHOCOLATE TOPPING
Bahan-bahan
50g tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
3 sudu teh mentega (cairkan)
160 ml air
40ml susu cair
2 sudu besar gula halus
Pewarna (ikut citarasa)

Cara memasak
1.      Baca Bismillahirrahmanirrahim. J

Adunan
2.      Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang dah diayak, gula halus, susu cair dan telur yang dah dipukul sampai kembang. Kacau adunan hingga sebati.
3.      Masukkan esen vanilla, air, mentega cair dan pewarna.
4.      Akhir sekali, tapis adunan untuk hasil yang lebih cantik.

Masak
5.      Kemudian, di atas kuali leper (non-stick)  yang telah panas, tuangkan ½ senduk adunan dan bentukkan menjadi bulat / ikut kreativiti.
6.      Masak sampai bahagian bawah adunan kering. (kering tau, bkn hangit)
7.      Jangan terbalikkan adunan semasa proses memasak. Apabila bahagian bawah dah masak, boleh angkat dan pindahkan ke atas bekas.

Isi dan balut
8.      Kemudian, susun pisang yang telah dipotong/dihancurkan di atas  crepe yang telah siap. Kemudian, lipat mengikut kreativiti.
9.      Akhir sekali, tuangkan coklat cair di atas crepe. Boleh juga dihidang bersama aiskrim. But hey its winter right now, maybe we should consider something else rather than ice-cream? J Best of luck!

-cahayatermasyhur- 

0 коммент.:

Отправить комментарий