вторник, 8 января 2013 г.

Amal Kebaikan Manifestasi Keimanan



Amal kebaikan manifestasi keimanan

Ayat yang seringkali disebut untuk menaikkan semangat utk membuat kebaikan setiap hari.. Namun merealisasikannya..belum tentu lagi sehinggalah pada suatu hari....


Pada suatu hari, tengah hari suatu sabtu..dalam perjalanan pulang ke rumah.. Dari okei Pyramida..dalam keadaan kedua2 tangan sarat dengan barang saya berjalan pulang, di hadapan saya seorang kakak Ruski..berjalan dengan sopannya. Namun ada sesuatu padanya...ada sesuatu yang dilakukan olehnya yang membuatkan saya merasakan saya adalah seorang Muslim yang kurang Islamnya..dari segi amali..kerana apa?


Kakak Ruski itu berhenti di hadapan pemain violin lalu mberikan sedikit sumbangan..lalu dia menyambung perjalanannya sehingga di hadapan mak cik Ruski yang duduk melutut di tepi jalan meminta sedekah..kakak Ruski tersebut tunduk lalu menghulurkan sejumlah wang kepada mak cik itu...



Apa perasaan saya?


Saya berasa sangat "loser"..

Saya berfikir..apakah agaknya yang menjadi "driving force" kepada kakak Ruski itu untuk berbuat kebaikan seperti itu?


Saya sebagai seorang Muslim..yang beriman adanya balasan dosa dan pahala atas apa yang sy perbuat walaupun sebesar zarah..sepatutnya lebih bersemangat daripadanya..


" Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yg baik seperti pohon yg baik, akarnya kuat dan cabangnya menjulang ke langit, pohon itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya. Dan Allah Membuat perumpaan itu utk manusia agar mereka selalu ingat"
(surah Ibrahim:24-25)


Manusia yang bergelar sebagai Muslim sepatutnya menjadi seperti pokok..yang berpegang kepada kalimat yang baik-la ilahaillaAllah-kalimat tauhid yang membawa kepda amali kebaikan- simboliknya akar tunjang pokok itu.. Lalu kita harus kuatkan akar kita -- dengan memperbaiki dan memperbanyak amal ibadat kita- yang wajib dan sunat..supaya akar tunjang kita kuat dan sihat hingga akhirnya dapat melahirkan hasil.


Apakah hasil dari pokok keimanan? iaitu cabang2 amal kebaikan dan kebajikan kita sebagai tanda manifestasi kepada iman kita yang subur tadi...


Pokok keimanan yang cabangnya menjulang ke langit dan daun2nya merimbun menjadi simbol kepada amal2 kebaikan yang kita buat. Sebagai pokok, ia memberi teduh kepada kita dan juga kepada org lain juga dan secara tidak langsung bermaksud segala kebaikan yang kita lakukan atas dasar keimanan, faedahnya akan kembali kepada kita dan memberi manfaat kepada orang lain juga...


Di dalam ayat 25 surah ibrahim tadi, disebut bahawa pokok yang baik itu menghasilkan buah seizin Tuhannya..Di sini apa yang kita harapkan ialah pahala daripada Allah atas apa yang kita lakukan keranaNya.
moga kita dapat memperbanyak amal kebaikan sebagai tanda manifestasi kepada keimanan kita..
Wallahualam

rujukan: diolah sedikit sebanyak dari artikel Suhaib Webb - Like a Good Tree..

0 коммент.:

Отправить комментарий