ANDA & PERSONALITI
Kurang yakin dengan penampilan diri anda? Pemilihan pakaian
membuatkan anda kelihatan lebih gempal / kurus daripada biasa? Personaliti
tampak kusam, serabut dan tidak ceria dek pemilihan warna dan corak yang tidak
seimbang dengan warna kulit dan badan? IMAM VOLGOGRAD membawakan kepada anda
tips dan penyelesaian. Jom luangkan masa membaca artikel kami.
HANYA 5 MINIT DAN MASALAH ANDA SELESAI!!!!!
TAHUKAH ANDA?
1 Kita boleh menggayakan sesuatu pakaian tidak melebihi dari 3 warna.
Untuk kelihatan lebih menarik dan ceria, gabungkan warna semulajadi seperti
putih, coklat krim, kelabu mahupun hitam bersama warna-warna ceria seperti
hijau pucuk pisang, biru muda, oren, kuning, jingga, peach, merah jambu mahupun
merah. Gabungan warna semulajadi dan warna ceria mampu membuatkan anda nampak
lebih ceria & muda. Namun yang demikian, jika anda tidak yakin bermain
dengan warna, gayakan sahaja 1 warna seterusnya pakai aksesori seperti rantai,
gelang mahupun tudung yang lebih menyerlah & warna-warna ceria.
Contoh penggayaan yang sesuai: baju
warna biru, seluar/skirt warna merah & tudung warna kuning atau gabungkan
warna tudung merah & biru.
2 Jika anda ingin memakai baju bercorak bunga, abstrak dan sebagainya,
padankan seluar/skirt corak kosong (plain) warna senada dengan baju. Perlu
diingati, jangan sesekali anda memakai baju corak bunga, seluar & tudung
juga bercorak. Apabila semua yang anda pakai bercorak, ia hanya akan nampak
berserabut. Ini harus di jauhi.
Contoh penggayaan yang sesuai: baju
corak bunga, seluar/skirt dan tudung corak kosong (plain) senada.
3 Anda juga boleh menggayakan corak kosong untuk baju, corak garisan
lurus untuk seluar dan corak bunga untuk tudung.
4 Sebelum memilih warna pakaian, anda kena tahu bentuk tubuh badan anda
terlebih dahulu. Tips berikut mengenai tips memilih pakaian mengikut tubuh
& warna kulit.
KENALI BADAN ANDA..
Badan gempal dan tinggi
Individu seperti ini sesuai menggayakan baju bewarna
gelap seperti warna hitam, coklet gelap, biru gelap, hijau gelap kerana
warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Serlahkan juga
penampilan anda dengan corak bunga-bunga kecil. Untuk kelihatan ceria anda
harus bijak bermain dengan warna. Awas, elakkan memakai pakaian warna terlalu
terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menampakkan kegempalan anda.
Badan
kurus dan rendah
Jika anda golongan ini, serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna
baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak
sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda
dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian
dan pastinya anda akan kelihatan lebih elegan dan trendy!
Badan
kurus dan tinggi
Untuk individu yang berbadan kurus dan tunggi, anda sesuai memakai warna
cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat
serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya
mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu
memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.
Untuk mengetahui jenis pakaian apa yang tepat, anda perlu ketahui dahulu
bentuk tubuh anda kategori yang mana. Pada umumnya bentuk tubuh wanita terdiri
daripada 4 jenis iaitu :-
(a) Bentuk Badan Buah Pear
Bentuk Badan Buah Pear
Ciri wanita berbentuk tubuh buah pear bermaksud tubuh
lebih besar di bagian bawah pinggul dan paha dan bahagian atas kecil secara
tidak langsung pinggang kelihatan kecil dan ramping.
Tips untuk bentuk badan buah pear :
1. Pakaian yang tepat untuk bentuk tubuh ini adalah yang mampu
menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian bawah tubuh. Pakaian dengan
corak pelbagai dan berwarna terang sesuai dipakai pada bahagian atas. Pakaian
atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, detail yang banyak juga mampu
membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar sekaligus ia
menyeimbangkan tubuh.
2. Untuk tubuh bahagian bawah, pilihan seluar jenis basic cut dan seluar
slim/boot cut sangat sesuai.
3. Hindari pakaian atasan yang berwarna gelap dan seluar sendat di pinggul
kerana ia akan mononjolkan bentuk pinggul anda yang besar.
(b)
Bentuk Tubuh Epal
Bentuk Tubuh Epal
Dikatakan berbentuk epal kerana tubuh jenis ini
cenderung bulat pendek dan bahagian pinggang membesar.
Tips untuk bentuk tubuh epal :
1. Warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap
bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. Gunakan tali pinggang dengan
ukuran sederhana untuk tampil menarik.
2. Seluar dan skirt berpotongan lurus sesuai
digayakan.
3. Kepada yang tidak memakai tudung, gunakan pakaian
dengan bentuk leher V yang bagi menyeimbangkan tubuh.
4. Hindari pakaian dengan bentuk leher ‘turtleneck’
kerana ia menampakkan anda semakin berisi.
5. Elakkan manik-manik di bahagian pinggang.
(c)
Bentuk tubuh 4 Segi atau Brick/Rectangle
Bentuk tubuh 4 Segi atau Brick/Rectangle
Wanita dengan bentuk tubuh ini memiliki ciri-ciri
ukuran payudara dan pinggul sama ukuran dan kelihatan tubuhnya lurus.
Tips untuk tubuh 4 segi :
1. Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar
membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris
dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki detail pita dan kerut yang
simple.
2. Hindari pakaian jenis yang tipis dan ringan. Jangan
mengenakan terlalu banyak detail agar kesannya tidak terlalu serabut. Untuk
aksesori juga jangan terlalu banyak.
(d)
Bentuk Jam pasir
Bentuk Jam Pasir
Wanita dengan bentuk tubuh ini dikatakan ideal. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jam pasir memiliki bahu dan pinggang sama, tubuh mengecil dibahagian pinggang sehingga terlihat seksi.
Tips untuk tubuh jam pasir :
- Mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda
sesuai memakai semua jenis pakaian.
- Kepada yang tidak memakai tudung, anda boleh memakai pakaian bahagian
atas (leher) jenis yang terbuka untuk menonjolkan bentuk bahu yang indah.
- Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan seluar dengan
potongan A-line agar anda kelihatan ramping.
4. Serlahkan
penampilan anda dengan warna-warna ceria
KENALI WARNA KULIT ANDA..
- Kulit Putih/Cerah
Sangat bertuah kepada
mereka yang mempunyai ton warna ini, kerana pemilihan warna baju yang sesuai
sangat senang dan banyak. Jika anda berkulit
putih (cerah) serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna-warna ceria
dan terang seperti hijau pucuk pisang, merah, hitam dan biru terang. Jauhi
memakai pakaian bewarna pastel seperti coklat dan biru muda kerana ia akan
membuatkan anda nampak pucat.
- Kulit Sawo Matang
Orang Malaysia
kebanyakkan berkulit sawo matang. Kira warna kulit standard orang Malaysia atau
lebih tepat kulit orang melayu. Untuk anda yang berkulit sawo matang sangat
sesuai untuk warna kuning atau hijau. Pemilihan warna seperti ini, akan
membuatkan anda kelihatan menyerlah. Harus diingati anda yang berkulit ini
tidak sesuai untuk penggunaan warna kelabu atau berona gelap, ia akan
membuatkan anda kelihatan kusam.
- Kulit Gelap/Hitam Manis
Untuk yang berkulit gelap serlahkan
penampilan anda dengan menggayakan warna-warna cerah dan ceria seperti merah
jambu, biru laut, putih, coklet, peach, hijau muda, dan kelabu. Elakkan memakai
warna gelap seperti hitam, coklet gelap, maroon, biru gelap dan hijau gelap
kerana ini akan membuatkan anda kelihatan lebih gelap.
Jumpa
lagi pada minggu – minggu akan datang J , bye2
0 коммент.:
Отправить комментарий