среда, 11 марта 2015 г.

Ikan oh ikan!

Ikan oh ikan!

Ruginye tak makang ikang.. :P

           
Eee…. Busuknye.. Tak suka makan, bau melekat. Susah nak siang ikan. Leceh masak, hancur isi. Tak pandai pilih. Balik Malaysia karang boleh makan, tunggu mak masakkan… Sampai bila nak bagi alasan nih? :P
Ternyata ramai dalam kalangan kita yang masih terkial-kial lagi menyiang ikan, malahan ada yang sanggup mengelakkan diri dari menjamah protein laut ini. Kat Okei tu, kalau tak ada ‘цена по карте’ pada salmon, memang 3m jauh dari kawasan ikan. Hehehe…
Makanya, nak share la sedikit sebanyak ilmu ni (orang laut moden).

Nutrisi ikan


·         Omega 3 (membantu menstabilkan sistem jantung)
·         Mengandung serat protein yang pendek sehingga mudah di cerna
·         Kaya akan amino acid seperti taurin untuk merangsang pertumbuhan sel otak.
·         Vitamin A
·         Vitamin D dalam daging dan minyak hati ikan untuk pertumbuhan dan kekuatan tulang
·         Vitamin B6 untuk membantu metabolisme amino acid dan lemak
·         Vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah, membantu metabolisme lemak, dan melindungi jantung
·         Zat besi yang mudah diserap oleh tubuh
·         Sodium
·         Selenium untuk membantu metabolisme tubuh dan sebagai anti oksidan
·         Zink yang membantu kerja enzim dan hormon
·         Fluorine yang berperan dalam menguatkan gigi





Cara masak ikan

Ianya bergantung dengan jenis ikan. Bukan main campak je. Nasihat saya, research dulu before masak, jangan main beli je.



Горбуша- pink salmon
Треска- cod
Судак – pike perch
Атлантическая сельдь - herring
Скумбрия – ikan kembung (mackerel)
Окунь – perch
Кета- dog salmon
Сардины – sardine
Лосось – salmon
Осётр - sturgeon
Минтай - pollack
Толстолобик - carp




Cara siang ikan!




Berikut merupakan langkah menyiang ikan. Sekali lagi diingatkan, tak semua jenis ikan  boleh disiang menggunakan cara ini (tapi untuk majoriti jenis ikan, boleh je)! Selamat mencuba!!







Petua ringkas masak ikan sempurna

1.    Nak garing dan tak melekat pada kuali.
·         Senang je, masa menggoreng, bubuhkan sekali sekeping asam gelugur!
·         Alternatif lain adalah dengan memastikan minyak menggoreng tidak terlalu panas dan tidak juga terlalu sejuk.
·         Ataupun, salutkan dengan tepung gandum dan sedikit tepung jagung.

2.    Buang hanyir ikan
·         Rendam ikan dengan perahan limau/ lemon/ air asam
·         Salut dengan serbuk kunyit + garam + sedikit serbuk bawang putih
·         Elakkan merendam ikan terlalu lama dalam air sebelum masak

3.    Meningkatkan kelazatan ikan beku
·         Rendam ikan dalam susu segar selama 10-15 minit.. J

4.    Ikan masin hancur?
·         Taburkan sedikit tepung gandum di atas ikan sebelum menggoreng
·         Elakkan dari membalikkan ikan terlalu cepat. Biar seketika.
·         Guna api sederhana dan kuali non stick J

5.    Ikan tahan lama
·         Cuma simpan beku ikan setelah airnya ditus keluar.

6.    Kukus ikan, kuah hanyir?
·         Untuk 5 minit yang pertama proses mengukus, buang air kukusan terlebih dahulu.
·         Sentiasa memasukkan perahan limau/lemon/asam dalam bahan perapan anda


0 коммент.:

Отправить комментарий