суббота, 26 ноября 2011 г.

Yakinkah Anda?

Assalamualaikum w.b.t

            Yakinkah anda pada Allah? Yakinkah anda pada kewujudan yang Maha Esa?Yakinkah anda pada Yang Maha Agung yang menciptakan setiap makhluk di muka bumi, yang mengawal alam ciptaanNya, yang mengetahui segala sesuatu,sehinggakan tidak ada sehelai daun pun yang jatuh tidak diketahui olehNya.

Untuk meyakinkan hati kita, Allah telah berfirman,

“Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda – tanda bagi orang yang berakal, yaitu orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, berbaring, dan mereka memikirkan (tafakur) penciptaan langit dan bumi, seraya berkata “Ya Tuhan kami tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”
Al-imran:190-191

            Allah swt jelas menyebut bahawa Allah swt tidak jadikan ciptaanNya sia-sia. Dari tingkatan 1, dalam subjek pendidikan agama islam, kita tidak asing lagi dengan teks-teks yang mana menyatakan bahawa jika kita hendak menyakini kewujudan Allah dan mensykuri nikmatNya, kita hendaklah melihat pada alam ciptaanNya. Namun, sejauh manakah kefahaman kita dalam meyakini kewujudanNya. Apakah kita fikir siapakah pencipta sebalik keagungan ini?

Metodnya adalah BERFIKIR!!! Of course, you won’t get anything when you see and watch the surrounding, the earth, the sea, the sun, the moon, the fetus!! Tetapi untuk “menyedapkan” hati kita, kita berfikir, dan sebut Subhanallah, alangkah indahnya ciptaan illahi..ya, memang benar, tepat perlakuannya, tetapi benar-benar fahamkah kita?



Oleh itu, untuk memberi kefahaman ini, kita lihat sesuatu pada fitrah, pada kenyataan yang boleh diterima semua lapisan agama, kemudian kita akan lihat apakah kesinambungannya pada keyakinan kita pada Allah swt

Sebagai contoh, oksigen yang diperlukan oleh badan untuk reaksi metabolismanya, yang diambil oleh badan setiap saat,..bermakna oksigen ini adalah perkara yang sungguh penting yang mana ia memberikan kita kehidupan. Kenyataan ini diterima oleh semua, yang beragama islam, kristian, yahudi, dan lain-lain. Namun, disinilah silapnya kita, kita terlalu meletakkan sesuatu dalam keyakinan kita berdasarkan pandangan orang lain. Subhanallah, dalam kita tidak sedari, Allah swt lah yang sebenarnya memberikan kita kehidupan melalui sifatnya Al-hayum bukan oksigen. Ada beza pada hati yang membenarkan oksigen itu member kehidupan berbanding kita meyakini Allah swt itu sendiri yg memberikan kita kehidupan.

            Contoh kedua, kadang-kadang, kita rindu pada ibu bapa yang beribu-ribu kilometer jauh daripada kita…apa yang kita rindu pada mereka sebenarnya? Kita sebenarnya rindu pada kasih saying mereka yang mana tidak dapat dicari dan diganti dan dirasa daripada orang lain. Namun, pada hakikatnya, kita sebenarnya rindu kepada Allah swt yang Maha Penyayang, Ar-rahim…Ar-rahim telah mengilhamkan kasih saying itu pada ibu bapa dan dicurahkan kepada kita.Oleh itu, yang dirindui sebenarnya adalah Allah swt. 

Pada penciptaanya yang maha agung, sempurna, tidak ada cacat cela, kita lihat pada sturktur mikroskopik sel hati. Apa yang kita belajar, diantara Endothelial cells dan Hepatocytes hanya ada Disse`s Space yang mana ruangannya sangat kecil dan nipis. Antara Hepatocytes dan Hepatocytes yang lain adanya Bile, manakala antara Endothelial cells dengan Endothelial cells yang lain adanya kandungan darah. Kita semua tahu bahawa Bile tidak boleh wujud dalam darah dan kesannya boleh membawa kepada Jaundice atau dipanggil sebagai Zholtuha dalam russki. 

Subhanallah, bagaimana Allah sempurnanya ciptaaNya sehingga tidak berlakunya pencampuran Bile dan darah yang mana dipisahkan oleh satu ruangan yang teramat kecil.

             Apa Allah swt sengajakah menetapkan takdir bahawa kita belajar perubatan? Apa kita fikir Allah swt semata-mata hendak kita menceburi kerjaya yang menjana hidup yang amat cerah??

Fikirkanlah…

Kita merupakan pelajar perubatan, yang mana mempelajari hampir keseluruhan fisiologi badan manusia, keadaannya, penyakit kebiasaanya, dan sebagainya. Tiada sebabkah? Begitu sahajakah???

Fikirkanlah..

Allah swt hendak kita, insan yang terpilih yang lebih dekat dalam memahami keajaiban ciptaanya..apa kita fikir? Jadi, selama ini apa kita laksanakan apa yang Allah swt hendak kita lakukan?? Apa benar kita belajar kerana Allah? Apa benar pahala yang kita harapkan bagi orang yang menuntut ilmu keranaNya betul-betul kita peroleh?? Jadi bermula daripada saat ini, kita perkukuhkan kembali keyakinan kita kepada Allah, dan bermula pada hari ini, ayuh kita belajar kerana Allah swt.



Waallahualam

~Selami, fahami, hayati~
Mohamad Syahiedzat Mohd Nordin
Biro Media IMAMVSC

0 коммент.:

Отправить комментарий