пятница, 11 ноября 2011 г.

Peduli Ummah

Assalamualaikum

Mengenai hakikat bahawa saya sebenarnya ditugaskan sebagai salah seorang daripada penulis blog IMAM ini sendiri  pada mulanya saya sendiri bingung untuk menulis tentang apa . Semalam salah seorang pelajar Mesir menghubungi saya untuk mengetahui keadaan masyarat Islam di bumi Soviet ini. Dia juga ada meminta saya untuk menulis article tentang komuniti Islam di sini. Itu peduli ummah namanya. Alhamdulilah, masih ada lagi hamba Allah yang masih mengambil berat akan hal-hal Islam.

Perkataan peduli ummah ini pertama sekali pernah saya dengar ialah melalui Dr. Zainur Rasyid Zainuddin iaitu dalam blog beliau “Peduli Ummah”. Sangat menarik bagi saya.

Berbalik mengenai cerita masyarakat Islam di sini, seperti yang kita semua tahu untuk keberkesanan komuniti umat Islam di Volgograd ini, memerlukan banyak kerjasama dan sokongan daripada seluruh penduduk muslim di Volgograd itu sendiri. Dari segi rohani, dan mungkin juga dari segi fizikal dan yang paling asasnya, dalam bentuk bantuan kewangan untuk mengerakkan apa-apa event.

Jika saya lihat dahulunya pada awal 2008 iaitu ketika saya masih lagi pelajar tahun pertama di sini, Islam dipandang asing. Kerap beberapa kali kami pelajar muslimah di pandang serong, di tertawakan kerana sanggup berpanas peluh menutup aurat semasa musim panas, susah untuk bersolat dan macam-macam lagi perkara lain. Tetapi sekarang Alhamdulilah, saya lihat makin ramai orang-orang rusia itu sendiri yang sudah berani menutup aurat dengan memakai tudung. Maka Islam di sini tidak lagi dipandang asing seperti dahulunya.
 


Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah, walaupun kita disibukkan dengan urusan tugasan harian, yang pada asasnya sebenarnya hanya mengulangi perkara yang sama setiap hari (pergi kelas setiap pagi, balik petang, masak, study dan tidur),  minda dan sensitiviti kita lah yang sepatutnya harus dihidupkan dan diarahkan ke arah lebih Peduli ummah.  Ummah,iaitu dalam konteks masyarakat Islam adalah menyeluruh walau apa pun bangsa mereka, warna kulit dan sebagainya. Ummah, dalam persepsi yang kita tahu ialah mereka  yang mempunyai kedaulatan yang sama untuk mengamalkan Islam seperti yang kita lakukan seharian, mereka boleh belajar tentang agama sebagai cara hidup seperti yang kita semua lakukan, dan mereka melihat Islam bukan sahaja dari luaran tetapi yang syumul.

Di Malaysia, Alhamdulilah, kita mempunyai banyak masjid-masjid, surau, pusat Islam.Sebahagian daripadanya adalah terletak hanya beberapa langkah dari tempat tinggal kita. Kita mempunyai azan yang berkumandang tiap-tiap hari yang dapat mengingatkan kita tentang solat lima kali sehari pada setiap masa.  Senang cerita, kita tiada halangan pun untuk menjalankan sebarang aktiviti-aktiviti Islam.

Ironinya, di Volgograd ini kita mempunyai 2 masjid (Lingoranskaya dan di Kirovsky yang masih dalam pembinaan). Kecil boleh saya katakan berbanding di Malaysia, yang rata-ratanya masih tidak mampu menampung sepenuhnya bilangan umat Islam yang semakin berkembang di sini. Ya, masjid inilah yang sesak terutama semasa solat eid.  Juga teringat cerita rakan sekelas saya tentang ceritanya semasa solat aidiladha baru-baru ini di masjid Lingoranskaya, untuk menunjukkan betapa kecilnya masjid disini, dia terpaksa sujud di atas badan orang lain. 

 " Janganlah kamu solat dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih."At-taubah (9); 108.

Ya, apa boleh saya katakan tentang masjid, ianya didirikan atas dasar taqwa. Di awal penubuhan masjid Lingoranskaya, saya mendapat tahu bahawa sesetengah pelajar Palestin merasakan belas kasihan bagi masyarakat Islam Volgograd yang tidak mempunyai tempat tertentu untuk menunaikan solat jemaah dan dengan itu mereka bersungguh-sungguh menghabiskan elaun tahunan mereka demi mendirikan sebuah masjid. Itulah kisah mengenai Masjid Lingoranskaya yang saya dengar. Subhanallah, semoga Allah mengganjari jiwa-jiwa hambanya yang ingin menolong.
 
" Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." Al Hadid:18


 Saya percaya, kita mempunyai wang scholar lebih daripada yang mereka ada (pelajar Palestin). Mengapa mereka membelanjakan wang mereka untuk ganjaran yang berkekalan tetapi tidak pula kita? Mengapa kita memilih untuk membiarkan wang mengalir dengan sesuatu tidak penting, untuk barang-barang dan kepuasan diri yang tiada pula menambah saham pahala kita? Mari lah kita tawar-menawar dengan Allah untuk saham akhirat.

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."  At-Taubah ayat 111

 
InsyaAllah .. apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah tingkatkan kesedaran kita dan rakan-rakan untuk kominiti Islam di Volgograd ini dengan menderma. Semua orang tahu yang Masjid Kirovsky masih lagi memerlukan sumbangan. Ada pepatah melayu mengatakan “sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”. Derma biar pon sedikit asalkan niat ikhlas. InsyaAllah moga mendapat kerahmatan daripada Allah.

Abu Musa al-Ashari melaporkan bahawa Rasulullah saw, Rasulullah saw berkata; "Setiap Muslim wajib bersedekah" Mereka berkata, "Tetapi bagaimana jika seseorang itu tidak mempunyai apa-apa untuk memberi?" Beliau berkata, "Kemudian hendaklah dia bekerja dengan sendiri tangan supaya dia (pertama) faedah dirinya dan kemudian memberikan bersedekah ". Mereka berkata" Tetapi jika seseorang itu tidak dapat berbuat demikian? "Beliau berkata," Jadi biarlah dia memanggil kumpulannya (lain-lain) untuk berbuat baik ".Mereka berkata "Tetapi jika dia tidak mampu untuk berbuat demikian?" Dia berkata, "Maka hendaklah dia menahan diri daripada melakukan kejahatan, walaupun yang akan dikira sebagai perbuatan adalah kebajikan" -Al-Bukhari-

Wallahualam.
Moga yang baik itu datang daripada Allah dan yang kurang itu atas kesilapan saya sendiri.


NOOR DIYANA BT ABD RAHMAN
BIRO AKADEMIK IMAM
  

1 коммент.:

NadzSina комментирует...

jzkk atas peringatan.jadilah seorang Muslim yang peduli akan keadaan sekelilingnya dan lagi penting "peduli ummah"!

Отправить комментарий