понедельник, 19 ноября 2012 г.

Belaian Jiwa





Belaian Jiwa

Rasulullah SAW sememangnya telah membelai banyak jiwa. Menanam keimanan yang kukuh sebagai pokok segala kekuatan.


Menyelak kembali sejarah, Rasulullah menghabiskan masa selama 13 tahun di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah. Makkah, di mana berlakunya,fasa kesusahan, fasa penindasan dan fasa pembinaan iman.

Aneh. Bagaimana manusia hebat seperti Bilal Bin Rabah, Sumaiyah dan suaminya, Yassir begitu YAKIN sehingga sanggup mengorbankan segalanya termasuk nyawa mereka sendiri untuk Islam sedangkan mereka belum pernah melihat kemenangan, kegemilangan Islam di hadapan mata mereka sendiri.

Sayidina Abu Bakar R.A. ketika peristiwa israk mikraj ketika mana manusia semuanya meragui kebenaran kisah itu, berkata “Andai Rasulullah menyatakan lebih daripada itu lagi (maksudnya, yang lebih tidak masuk akal lagi daripada kisah naik ke langit) maka aku akan percaya.”

Pada hari ini, setelah pelbagai fakta di dalam al-Quran dibuktikan seperti penciptaan manusia, kehebatan solat, kebaikan menunaikan zakat dan banyak lagi, masih ada yang tidak mahu melakukan kebaikan dan meninggalkan arahan Allah. Belum lagi kita disuruh untuk berkorban demi Islam.

Segalanya, kembali kepada persoalan IMAN.

1434 Hijrah.

Hijrah itu ada harganya. Harga yang dibayar dengan pengorbanan, kepayahan dan kekuatan. Pengorbanan yang payah itu memerlukan keazaman yang kuat. Pengorbanan dan kekuatan untuk meninggalkan sesuatu yang kita sudah ‘biasa’ dengannya memerlukan semangat yang luar biasa. Ia merupakan salah satu manifestasi cinta kepada Allah dan Rasul.
Love needs proof.

Buktikan cinta kita kepada Pemilik segala rasa cinta, Pemberi rasa cinta.

Turning point.

Titik perubahan. It is called as turning point because you are actually turning back or return to Allah, to your Creator. To ‘someone’ you belong to. Ia merupakan suatu titik di mana kita KEMBALI kepada fitrah, kembali kepada tujuan kita..iaitu Allah. (Allah ghoyatuna)

Namun kesanggupan kita berbeza-beza. Everybody has his/her own inner struggle. Ada yang masih lagi berusaha untuk bangun solat subuh setiap pagi.. Ada yang sedang berusaha untuk meninggalkan perkara-perkara jahiliyah yang masih bersarang dalam diri. Ada yang sedang berusaha untuk melakukan ibadah-ibadah sunat pula. Kita ukur baju di badan sendiri.


“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Barang siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya. Barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu cari habuannya atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwini, maka hijrahnya ke arah perkara yang diniatkan itu. “


(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Niat hanya satu. Mencari redha Allah. Hakikatnya kita juga idamkan syurga mahal yang didiami oleh hamba-hamba Allah yang hebat tadi (Sumayyah, Bilal Bin Rabah, Abu Bakar As-Sidiq, Uthman bin Affan dan ramai lagi).

Sudah cukupkah apa yang telah kita lakukan untuk ‘membeli’ redha Allah bagi membolehkan kita menjejakkan kaki ke dalam syurga yang sama?

“Perubahan itu adalah apa yang hati kita mahukan dalam keadaan penuh sedar. Ia dilakukan bukanlah sebab ikut-ikutan. Bukan juga kerana mahukan perhatian. Allah maha mengetahui isi hati kita.” (Petikan dari majalah JOM! Isu no.6)

Dan ketahuilah…

“PUTUS ASA di tengah perjuangan itu, adalah kerana kesilapan di titik permulaan.”
Titik permulaan iaitu NIAT seharusnya kita disandarkan kepada yang tidak akan lemah, yang tidak akan bengkok, yang tidak akan jatuh, iaitu Allah.

InsyaAllah He will ease our way. When you feel that your distance with Allah is so faaaar away, just take one small step towards Him as He will ‘run’ to you. Take another step, and He will ‘run’ closer to you. Then you will see, how much distance you’ve got left.

Ayuh kita pinta kekuatan dari Tuan Punya kekuatan.

Memetik kata-kata Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna, “Tegakkan islam dalam dirimu, nescaya akan tertegak juga islam di muka bumi ini.” 


Menegakkan islam dalam diri kita dengan cara memahaminya, mengamalkannya serta bermula dengan menjadi individu-individu muslim yang soleh dan solehah mampu membantu islam untuk menang di muka bumi ini! Inilah antara yang boleh kita usahakan untuk membantu saudara-saudara kita di Palestine dan di seluruh dunia.

Cubit peha kiri, peha kanan terasa juga. Sakit mereka, sakit kita. Ayuh hujani mereka dengan doa-doa kita. It’s our best weapon!



Salam Maal Hijrah 1434H.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.

ps. Ditanyakan kepada seorang teman, apa yang perlu ditulis supaya ianya tidak hanya sekadar ‘dibaca kosong’, jawabnya :
“LUAHKAN DARI HATI, InsyaAllah akan sampai ke hati juga. Namun, perlu diingat, Allah jua yang memegang hati-hati manusia. Kalau Allah mahukan seseorang itu untuk faham dengan hati, maka dia akan faham dengan hati.”


Assalamualaikum J


1 коммент.:

AdawiyatulHusna комментирует...

Subhanallah! Moga banyak hati yg terkesan, and are able to live happily ever after =)

Отправить комментарий