понедельник, 12 ноября 2012 г.

The Lost Box


Kelas  Ruski petang itu semakin malap. Rakan di belakang kadang kala tersengguk dengan kebosanan. Inilah ujian ruski 4 jam.  Yang masih tegap hanyalah Afiq yang kadang kala menjenguk keluar tingkap, mencari burung-burung yang berkicauan dek kebosanan. Terfikir, Afiq mengangkat tangannya, “Cikgu, kat Volgograd ni ada tak jutawan yang terkenal?”.

Soalan yang keluar itu bagaikan satu tenaga yang mengangkat kembali kepala rakan-rakannya yang hampir tersungkur jatuh itu. “Yang cikgu tahu, ada la dua tiga orang. Tapi yang cikgu paling ingat, dalam tahun 1970 ada seorang jutawan. Ibu dan ayahnya lahir di Moscow, tapi mereka tinggal di London. Cikgu ingat sebab ada banyak cerita yang berkaitan dengan lelaki ni. Cikgu tak tahu sekaya mana mereka ni, tapi cikgu tahu ada orang pernah beritahu cikgu yang lelaki ni dapat tahu dekat Volgo ni ada petroleum. Jadi dia datang tinggal di sini bersama isteri dan anak perempuannya apabila ibu dan ayahnya meninggal”.

“Tapi, kan masa tu Russia masih lagi Soviet Union, semua hartanya menjadi milik negara. Awalnya dia menolak, tetapi masyarakat ketika itu semua menentangnya. Dia dan keluarganya diserang dan mereka  meninggal dalam satu serangan. Sebelum semua hartanya dirampas, ada cerita yang mengatakan dia menyimpan harta kegemarannya dalam satu kotak, tapi kotak itu tidak dijumpai”.
“Kalau Cikgu tak silap, nama lelaki tu Baronis Atraevich”.

“Nif, apa nama lelaki yang cikgu beritahu tadi?ingat tak?” tanya Afiq. “Emm, Baronis something kot. Tak berapa ingat la. Kenapa?” Hanif yang ketika itu menaip sesuatu di laptopnya berpaling kepada Afiq. “Tak adalah, saja nak tahu. Rasanya Atraevich kalau tak silap”, jawap Afiq sambil menaip nama tersebut pada keyboardnya. Jawapan Google pada carian itu amatlah memberansangkan. ‘Baronis Atraevich the Millionaire’, ‘Baronis Atraevich-Soviet Traitor’ dan banyak lagi.

Skrol ke bawah, ada satu tajuk artikel yang menarik perhatian Afiq- ‘Baronis Atraevich- the Lost Box’

Menurut artikel tersebut, kotak hitam yang berukiran emas itu sebesar tapak tangan, sentiasa di genggaman tuannya. Tetapi pada hari serangan itu berlaku, kotak itu tidak dijumpai, hilang tanpa dikesan. Yang paling menarik, di atas meja tulisnya, tertulis satu nota. Gambar hitam putih nota, walaupun kurang jelas, tapi tulisan englishnya masih boleh dibaca.

To all those who wish to find it, this is what I left you. I know my fate and what will happen to me. All eyes and heart are counted for. Statue of history is a powerful thing. And remember, Birds of a feather flock together, and I love bird very much.
Let Lenin’s finger follow
The Burning nail shall show


Berjalan berseorangan, earphone di telinga sedang memainkan lagu Yazoo – Only you. Berfikir- apa yang cuba nota tersebut sampaikan.  Angin bertiup lembut pagi itu. Daun-daun kering jatuh menutupi lopak-lopak air yang terkumpul dek hujan renyai tanpa henti malam tadi. Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Letih berlari di pinggir Volga, Afiq berjalan perlahan. Keletihan. Jauh dari belakang Hanif mengejar.

“Kenapa kau lari laju sangat ni? Joging slow-slow cukup la” sergah Hanif. “Haah!” Afiq berpaling ke arah Hanif di belakangnya sambil mencabut earphone kanan dari telinganya. “Apa kau cakap? Tak dengar la.” Hanif berhenti di sisi Afiq, rukuk dalam termengah-mengah, mencari nafas yang hilang. “Tak la, aku tanya kenapa kau lari laju sangat?” tanya Hanif kembali apabila nafasnya mula tenang.

“Oowh, aku tengah fikir pasal Baronis tu. Tak perasan yang kau dah jauh di belakang. Maaf”. Jawap Afiq. “Kau still lagi fikir pasal tu. Cukup-cukup la tu. Tak betul sangat pun artikel-artikel tu. Rekaan je tu.”

“Tapi still, aku nak tahu apa jadi kat kotak tu. Yang aku terfikir sekarang hanyalah pasal Lenin tu. Statue of history is a powerful thing. Dia semestinya merujuk kepada statue Lenin kat Plosyad Lenin tu. Jom ke sana kejap.” Ajak Afiq. “Apa-apalah, asalkan kau dapat closure” balas Hanis.

Plosyad Lenin agak lengang pagi Ahad itu. Ada dua makcik tua yang sedang menunggu trolleybus. Matahari mula memancar jauh dari ufuk timur, memberi cahaya keemasan kepada seluruh pelusuk Volgograd ini. Lenin berdiri tegak. Kepalanya disinari cahaya matahari daripada belakang, badannya ditutupi bayang bangunan di belakangnya. Afiq dan Hanif berdiri di depan Lenin, mencari jawapan.

 “Let Lenin’s finger follow, the Burning nail shall show” jelas suara serak basah Afiq, mendongak tinggi. Sayup-sayup kedengaran bunyi tukang sapu yang sibuk menyapu daun-daun kering beberapa kaki dari mereka.

“Hahaha,” gelak Afiq berseorangan. Hanif memandang pelik rakannya itu. “Kenapa aku tak terfikir benda ni sebelum ni. Let Lenin’s finger follow.  Kau faham tak?” Tanya Afiq. Terkebil-kebil, Hanif hilang dalam fikiran. “Let Lenin’s finger follow, ikut jari Lenin” ulang Afiq sambil mengangkat tangannya menunjukkan ke arah tangan kanan Lenin.

Mereka saling berpandangan, berlari ke arah belakang patung itu. “Aku tak nampak apa-apa yang pelik pun, tangannya menghala ke sana, tapi situ ada bangunan biasa je.
Afiq berdiri sejajar tangan Lenin. Cuba melihat jauh ke depan. Senyum. “Let Lenin’s finger follow, the Burning nail shall show. Cuba kau tengok jauh ke sana. Ingat. Statue of history is a powerful thing. Statue apa yang ada directly ke sana?” Tanya Afiq sambil menunjuk jauh ke depan. “Rodina Mat Mamaev Kurgan!” jawab Hanif dengan penuh excited.

Mereka berlari menuju trolleybus nombor 12 yang baru berhenti itu.

Let Lenin’s finger follow, the Burning nail shall show. Kau faham tak?” tanya Afiq kepada Hanif. “Kat situ ada kuku yang terbakar ke?” kembali tanya Hanif. Menunjukkan gambar nota tersebut dalam iPhonenya kepada Hanif, “The Burning- tengok gambar nota ni. ‘B’ ni huruf besar. Kata nama khas. Apa yang boleh dikaitkan dengan ‘burning’?” tanya Afiq. “Api. The Eternal Flame”, jawab Hanif dengan pantas.

Turun dari trolleybus. Mereka berlari merentaasi jalan. Lampu hijau mula berkelip-kelip. Mereka berlari mendaki 200 tangga yang mewakili 200 hari Perang Stalingrad. Melangkah dua anak tangga pada satu masa. Di pertengahan jalan, mereka berhenti, tercungap-cungap. “Kenapa kita lari?”tanya Afiq. “Tak tahulah, kenapa kita lari?” kata Hanif diselangi dengan gelak ketawa.

Orang pada hari ahad di Mamaev Kurgan tidaklah ramai, lagi-lagi dipagi hari.  Burung berkicau terbang mengelilingi ruang angkasa bukit bersejarah itu. Langit kebiruan, tidak berawan.

Mereka tiba di depan Vyechnii Ogon, the Eternal Flame. Tegap berdiri orang yang menjaga tugu tersebut.

“Macam mana kita nak tengok apa yang ada di kuku tangan tu?” tanya Hanif. “Ala kau ni, sekarangkan zaman teknologi. Kita kan ada ni”, jawap Afiq sambil mengeluarkan iPhone yang baru dibelinya itu.
1500 staff of Hero
Show you where the falling leaves go

“Staff of Hero? 1500 staff? Mesti Baronis ni tak pandai sangat English. Banyak sangat kesalahan tatabahasa”, ucap Hanif. “Kau ni, takkan kau tak faham. Yang ni senang sangat la. ‘Hero’ huruf besar, maksudnya kata nama khas. Apa yang berkaitan dengan hero kat Volgograd ni?” tanya Afiq. Senyap, tiada jawapan.

“Alley of Heroes. Alleya Geroev. ‘The Staff’ mesti merujuk kepada ‘Obelisk’. Tiang tinggi kat tengah-tengah Pavshihk Bartsov”, jelas Afiq panjang. “1500? Falling leaves?” tanya Hanif lagi. “1500 tu mesti merujuk kepada masa. Pukul 3 petang. ‘Falling leaves’ pulak merujuk kepada musim. Musim luruh. Kau tahu tak yang panjang bayang-bayang berubah mengikut musim. Time winter bayang-bayang akan jadi lebih panjang, time summer pulak akan jadi makin pendek. Jadi kali ni mesti merujuk kepada bayang-bayang tiang tinggi tu”, jelas Afiq lagi.

“Mana kau tahu benda-benda macam ni?” tanya Hanif. Gelak. “Haha, mungkin sebab aku minat benda-benda mengarut macam ni. Apa-apapun jom balik dulu. Lepas solat zohor kita keluar balik”, balas Afiq. “Baik bos”, jawap Hanif ringkas.

Jam menunjukkan pukul 1.50 petang. Afiq dan Hanif mengunyah Ribniy Burger Rivera. Harga burger ikan itu semakin mahal tahun ke tahun.

“Lepas makan ni kita nak buat apa? Pukul 3 kan lambat lagi”, tanya Hanif. “Teman aku pergi tengok kasut dekat Centro jap. Terasa nak beli kasut baru la pulak. Haha” jawap Afiq. Balas Hanif, “lepas balik nanti aku nak skype dengan family aku. Esok mak saudara aku kawen. Kalau boleh kita balik sebelum pukul 5 petang la. Sebab takut lewat sangat nanti mereka dah tidur. Kita kan beza 4 jam.” Afiq berhenti mengunyah.

“Astaghfirullah, kenapa la aku boleh terlupa. Bungkus dulu burger kau. Kita kena cepat”, kata Afiq. Afiq yang pantas bangun dari kerusinya. Hanif masih tertanya-tanya apa yang berlaku. “Ya Allah, kenapa la aku ni boleh tak terfikir pasal ni” bisik Afiq sendirian.
Berjalan laju, mereka menuju ke arah Komsomolskaya. “Kenapa ni Fiq?” Tanya Hanif.
“Aku terlupa, pukul 3 dulu, maksudnya pukul 2 sekarang. Tahun lepas kan Medvedev dah cancelkan daylight saving. Jadi, pukul 3 dulu adalah pukul 2 sekarang”, jelas Afiq sambil tercungap-cungap berjalan laju.

Plosyad Pavshihk Bartsov berada betul-betul di tengah Alleya Geroev. Daun-daun kering penuh menutupi tanah yang tidak ditutupi bata. Bendera Russia dipasang di sepanjang jalan. Biasanya tempat ini agak sibuk. Tengahhari ahad ini agak lengang. Berdiri di depan tiang besar itu buat seketika. Afiq melihat jam tangannya. 1 minit sebelum pukul 2.


Afiq dan Hanif berlari ke belakang tiang itu, menuruti arah bayang tiang itu. Pukul 2 petang.

Hujung bayang jatuh di atas salah satu bata yang berada di belakang kanan tiang itu. Walaupun agak samar, dihalangi bayang pokok-pokok di kawasan itu, namun hujung tiang tersebut jatuh tepat ke tengah bata yang berwarna kelabu itu.

“Kenapa tak ada apa-apa pun yeng tertulis di atas bata ni?” tanya Hanif. “Klu seterusnya bukan di atas, tapi dibawah bata ni. Cepat tolong aku cabut bata ni sebelum orang nampak”, pinta Afiq.

Mereka menggali di sekeliling bata itu. Agak susah. Debu-debu yang berterbangan kelihatan pada sinar cahaya matahari yang jatuh ke bumi.
Beberapa minit berlalu. Akhirnya mereka berjaya mencabut bata tersebut.

The pigeon land on the Earth
That’s how much the Mother worth

Tertulis jelas di belakang bata itu ayat yang membuatkan Afiq senyum sendirian. “So?” tanya Hanif. “The pigeon land on the Earth, satu-satunya tempat yang gunakan burung dan bumi mestilah …” belum sempat Afiq menghabiskan ayatnya, Hanif memintas “Planetarium”. Mereka berdua tersenyum.

“Tapi part yang kedua aku still lagi tak faham”, sambung Afiq lagi.
Mereka berjalan ke arah ulitsa Gagarina melalui Ulitsa Mira.
Mereka masuk ke dalam Planetarium, mencari jawapan.

Afiq dan Hanif keluar dengan kekecewaan. “Apa maksud ‘That’s how much the Mother worth’? Tak ada apa-apa pun yang berkaitan dengan Mother kat Planetarium ni. Pening betul la. Kita salah ke?” tanya Hanif. Afiq senyap.

Mereka berjalan menuruni tangga depan Planetarium itu. Cahaya matahari mula bertukar warna. Keemasan. Mereka berdua duduk di tangga menghadap ke jalan Gagarina itu. Kadang kala kereta lalu lalang, memecah kesunyian petang.


Afiq bangun menghadap ke arah Planetarium. Kepalanye mendongak ke atas.”Burung di atas bumi. Aku yakin tempat ni lah yang dimaksudkan. Aku just tak faham rangkap kedua. Aku rasa mesti berkaitan dengan ‘the Mother’. Tapi…” suara Afiq hilang begitu sahaja.
“Aku ingat Mother tu mungkin ‘the Mary’, tapi aku tak jumpa satu pun arca Mary dalam tu”, kata Hanif memecah sunyi.



Afiq yang ketika itu memandang ke kanan Planetarium dengan pantas berpaling ke arah Hanif. “Kau memang pandai Nif, sebelum ni aku ingat ‘Mother’ tu merujuk kepada bumi, ‘Mother Earth’. Aku terlupa yang dalam nota pertama Baronis ‘Statue of history is a powerful thing’. Jadi semuanya mesti berkait dengan statue. Tengok tu”, kata Afiq sambil menunjukkan ke kiri Planetarium. Statue perempuan yang memegang bahu anaknya itu ditutupi pokok-pokok yang tertanam di sekitar taman kecil itu.

“Jadi sekarang apa?” tanya Hanif. Tiada jawapan. Mereka berpusing berkali-kali mengelilingi arca tersebut.

 Tiba-tiba Afiq tersenyum, memandang Hanif yang kebingungan. “Kau ingat tak nota Baronis tu… ‘remember, Birds of a feather flock together, and I love bird very much’?” tanya Afiq.
“Kenapa?” balas Hanif.
Afiq mengangkat tangannya, menunjukkan satu bata yang menjadi asas statue tersebut, pada ketinggian pinggangnya. Gambar burung terbang terukir di atasnya.
Tanpa banyak berfikir mereka cuba mencabut bata itu. “Kita kena cepat, kalau orang nampak mati lah kita” kata Hanif.

Afiq mengambil satu batu yang berbucu tajam dari tanah dan cuba memecahkan simen yang menggenggam bata tersebut. Dengan sekali ayunan, simen itu hancur menjadu debu dan pasir. “Nasib baik Baronis tak simen dengan tebal. Kalau tak susahla kita”, rungut Afiq.
Mereka mencabut keluar bata tersebut. Di belakangnya ada satu ruang kosong. Afiq memasukkan tangannya ke dalam lubang tersebut dan mengeluarkan satu kotak hitam. Berhabuk.

Mereka saling tersenyum. “Cepat buka”, pinta Hanif.
Agak tersekat pada awalnya, akhirnya mereka berjaya membuka kotak tersebut.
Di dalam kotak tersebut terdapat banyak gambar. Hitam putih. Keluarga yang keriangan. Di belakang gambar-gambar tersebut terdapat satu nota.

To those who had reached this point, I am sorry to disappoint you. My most valuable treasure in my world is my family. I am nothing without them. Appreciate who you have, because the only time you will notice that they are gone is when they are gone. And remember, you cannot change what had passed, but you can change what will pass.
                                                                                                The Dark Baron

Afiq dan Hanif saling berpandangan. “Hahahaha, nampaknya kita dah jumpa harta karun yang paling berharga. Jom la balik. Kita belum solat Asar lagi ni”, kata Hanif. Afiq mengangguk lesu.

Mereka berjalan menuju ke jalan besar Prospek. Di tangan Afiq memegang kemas kotak hitam itu.
“Tapi ada satu lagi yang aku tak faham. Kenapa ‘Dark Baron’?” Tanya Hanif.
“Ater Atra Atrum. Maksudnya ‘dark’ dalam latin. Baronis Atraevich. ‘The Dark Baron’,” jawap Afiq.

-MATMIN-

6 коммент.:

xdep pengganti комментирует...

nice..^^

AdawiyatulHusna комментирует...

MasyaAllah! keep it up!

Azizan Azfar комментирует...

ni cerita betul ke ni? good job.. cerita yg menarik..

Dr Azzad комментирует...

Pergh terbaik. Mengenangkan aku balik zaman belajar di volgo dulu. Tulisan yg menarik. Martabatkan bahasa Melayu.

nazrin90 комментирует...

mantap2....

thi комментирует...

byk sgt part lawak dlm ni...hahahhah..
esp 'nasib baik baronis x simen dgn tebal.kalau x habis la kita'..hahahhahahhaha..

Отправить комментарий