Показаны сообщения с ярлыком Program. Показать все сообщения
Показаны сообщения с ярлыком Program. Показать все сообщения

воскресенье, 25 марта 2012 г.

Medical Cultural Night (MCN) IMAM VSC 2012

Assalamualaikum w.b.t!


setelah hampir sebulan Bulan IMAM dilancarkan, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan. hampir kesemua biro biro IMAM telah bekerja bersungguh-sungguh dalam memperkenal dan menjayakan aktiviti dan perancangan masing masing. alhamdulillah.


oleh itu, sebagai menghiasi majlis penutup Bulan IMAM 2012 ini, kami daripada pihak IMAM ingin mewujudkan sesuatu yang lain daripada yang lain, iaitu Medical Culture Night.


Aktiviti yang julung-julung kalinya diadakan di Volgograd bersempena dengan Majlis Penutup
Bulan IMAM 2012. Malam tersebut akan dihiasi dengan persembahan-persembahan daripada para
pelajar Volgograd State Medical University.Antara persembahan yang bakal menghiburkan anda
pada malam kebudayaan tersebut adalah :

1. Persembahan Nasyid
2. Deklamasi Sajak
3. Sketsa
4. Persembahan Band
5. Pencak Silat
6. Dikir Barat oleh "Warisan Bangsa"

MCN juga akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat daripada Pejabat Kedutaan
Malaysia ke Rusia.



Buat pengetahuan semua MCN terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang berada di Volgograd.
Jadi jangan lupa untuk mengajak kawan-kawan anda tidak mengira bangsa atau agama untuk turut serta dalam memeriahkan lagi malam kebudayaan tersebut.

Seperti yang sedia maklum sekarang sedang berlangsung aktiviti-aktiviti Bulan IMAM, jadi pada malam tersebut juga akan diadakan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.

Berikut merupakan butir-butir Medical Cultural Night (MCN) :

Tarikh : 31hb Mac 2012
Masa : 3.30-6.00 petang
Tempat : Aktovi Zal, VSMU 








Bersama memeriahkannya! insyaAllah!


wassalamualaikum.
















Muhammad Faizzuddin bin Abd Rahman,
Biro Media IMAMVSC 2012.

пятница, 9 марта 2012 г.

Minggu Biro Akademik telah bermula!

Assalamualaikum!

selesai sudah minggu Biro Ekonomi, sekarang tiba pula minggu Biro Akademik. bagi siapa siapa yang tidak sempat untuk menonjol dan menyertai pertandingan dalam Biro Ekonomi, inilah masanya untuk merebut peluang sekali lagi!

Nantikan pelbagai aktiviti menarik yang pastinya menguji minda anda!

понедельник, 12 декабря 2011 г.

Promo Klinik PE

Assalamualaikum w.b.t

Saban tahun, kita telah dihantui dilemma ketidakcekapan para graduan Russia. Banyak rungutan daripada doktor tempatan terhadap masalah ini. Tidak cukup dimulut, kesangsian terhadap kemahiran dan kemampuan graduasi dicabar lagi di muka akhbar tempatan. Tidak kurang pula di blog-blog. isu hangat ini lagi dipertaruhkan.

"Kurang practical skill?"

Jangan risau!

kali ini IMAM dengan bangganya membawa kepada anda julung-julung kalinya Klinik Physical Examination. Di dalam klinik ini anda boleh mempelajari cara-cara untuk melakukan pemeriksaan fizikal dengan teratur dan mengikut langkah yang betul. di dalam klinik ini juga kami memberi panduan kepada anda tentang cara-cara untuk menanyakan soalan yang tepat kepada pesakit ketika proses clerking pesakit. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi! Nak tahu? sertai kami di Klinik PE akan datang!





Jangan lupa menonton video promo ini!


Semoga klinik ini dapat memberikan manfaat kepada semua warga Volgograd. Insya Allah.




Muhammad Faizzuddin bin Abd Rahman
Media IMAMVSC


среда, 23 ноября 2011 г.

Serlahkan bakat anda!

Assalamualaikum w.b.t

Anda berbakat? tidak tahu macam mana hendak serlahkan bakat terpendam yang bergeliga itu? kami ada mediumnya! Jom sertai pertandingan serlahkan bakat anda! aktiviti ini diadakan bermula 27 November sehingga 4 Disember. masih tidak lambat untuk bersedia mulai sekarang!

Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang mungkin menarik minat anda:

- pertandingan hafadzan
- pertandingan mengarang sajak dan cerpen Islamik?
- pertandingan tulisan khat
- pertandingan gambar dan video
- pertandingan laungan azan
- pertandingan menyelesaikan puzzle
- kuiz harian

anda yakin anda mampu? anda tidak mahu sia-siakan peluang ini bukan? apa tunggu lagi. jom sertai!

banyak hadiah menanti anda!


klik gambar untuk paparan yang lebih jelas











Muhammad Faizzuddin
Ketua Biro Media IMAMVSC

вторник, 25 октября 2011 г.

Siaran Ulangan segmen Fiqh Luar Negara

Assalamualaikum w.b.t

Kepada siapa-siapa yang tidak dapat mengikuti atau tidak jelas mengenai  segmen soal jawab Fiqh Luar Negara yang diadakan di Kirovsky baru-baru ini, anda semua boleh menontonnya kembali di bawah ini.







semoga bermanfaat untuk semua. wallahualam.

среда, 19 октября 2011 г.

Program Dua Dalam Satu

Assalamualaikum w.b.t


Tanggal 16 Oktober 2011, IMAM Volgograd telah mengadakan program dua dalam satu, iaitu Program Lawatan Kirovsky dan juga Majlis Pelantikan Ahli IMAM bagi sesi 2011/2012 yang bertempat di Masjid Kirovsky. Antara tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan Masjid Kirovsky kepada semua pelajar Muslim Tahun 1, selain mendekatkan lagi warga muslimin Volgograd kepada masyarakat Islam setempat. Selain itu juga, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan kepada umum organisasi baru yang akan menerajui IMAM pada sesi kali ini.


Alhamdulillah, program ini disertai oleh semua pelajar muslim dan muslimah Tahun 1. Beberapa orang wakil IMAM ini telah dihantar ke Hostel KIM untuk mengambil pelajar-pelajar, dan bersama-sama mereka ke Masjid Kirovsky dengan menaiki dua buah van (mashyrut) yang telah ditempah oleh IMAM.


Program dimulakan dengan bacaan doa, dan seterusnya ucapan ringkas daripada Imam Masjid Kirovsky iaitu Imam Rustam, dan dituruti pula dengan ucapan wakil-wakil persatuan MSA dan UMNO Volgograd. Aktiviti diteruskan dengan Majlis Pelantikan Organisasi baru IMAM. 


Beberapa aktiviti lain turut diadakan bersama program ini, antaranya adalah Forum Fiqh yang dikelolai oleh Saudara Razi dan juga dua ahli panelnya yang mantap; Saudara Ahmad Ramdan Zainordin dan Saudara Ahmed bin Kamarulzaman. Pelbagai persoalan telah diutarakan didalam sesi forum ini, dan alhamdulillah jawapan dari panel-panel telah menzahirkan apa yang kabur. Malangnya, disebabkan oleh kekangan masa, forum terpaksa diberhentikan dan banyak soalan tidak dapat diselesaikan.


Majlis ini berakhir dengan sedikit jamuan yang telah disediakan oleh IMAM dan sedikit sesi jualan makanan bersama Biro Kirovsky.


Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai hadaf-hadafnya. Banyak perkara telah kami pelajari sepanjang pengurusan program. Kami juga mendapat amanat berharga daripada presiden UMNO dan MSA yang kami merasakan penting sebagai tunjuk ajar kepada muka-muka baru seperti kami dalam organisasi ini dalam memimpin satu lagi persatuan di bumi Volgograd.






















Muhammad Faizzuddin bin Abd Rahman
Biro Media IMAMVSC

суббота, 15 октября 2011 г.

Teaser Academic Minute

Assalamualaikum w.b.t


Biro Akademik IMAM akan melancarkan satu program terulung mereka iaitu Projek Academic Minute. Secara ringkasnya, Academic Minute akan membawa anda untuk mengikuti perkembangan terkini dalam bidang perubatan, sistem-sistem perubatan di Malaysia, dan juga banyak lagi fakta dan pengetahuan menarik yang mungkin kita tidak ketahui dalam dunia medik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang apakah sebenarnya projek Academic Minute, jangan ketinggalan untuk mengikuti perkembangannya nanti.


Jangan lupa untuk menonton video teaser Academic Minute di bawah ini!









wallahualam.






Muhammad Faizzuddin bin Abd Rahman
Biro Media IMAMVSC

суббота, 8 октября 2011 г.

Aidilfitri 2011


2 October 2011, a date to remember…

Walaupun berlalu sudah syawal bagi umat islam di seluruh dunia, namun ia tidak mematahkan semangat penghuni bumi Volgograd untuk turut sama menyambut syawal bersama sahabat handai. Alhamdulillah dengan kerjasama antara IMAM, UMNO dan MSA program yang dirancang berjalan dengan lancar.

Biarpun komuniti islam di bumi Soviet ini tidaklah seramai mereka di negara-negara islam yang lain namun, ini tidak bermakna raya kali ini suram. Walaupun sambutan diadakan cukup serdahana jika dibandingkan dengan sambutan Aidilfitri  yang dianjurkan oleh pihak Embassy Moscow namun ia tetap meninggalkan kenangan yang cukup manis buat kami di bumi Soviet.


Pelbagai persembahan disajikan untuk memeriahkan lagi sambutan pada kali ini seperti persembahan silat, band, kuiz, slide show dan bermacam-macam lagi. Program ini turut dihadiri oleh pelajar non-muslim bagi memeriahkan lagi majlis yang diadakan. 

persembahan band menghangatkan lagi suasana hari raya


persembahan silat








antara mereka yang hadir memeriahkan majlis
Denise dan Nina turut menghadiri majlis sambutan Aidilfitri 2011

Biro kirovsky turut mengambil peluang yang ada untuk mengumpul dana bagi membantu merealisasikan pembinaan Kirovsky Islamic Centre melalui jualan request. 


membeli sambil menderma-kirovsky

Melalui kesempatan yang diberikan, majlis sambutan Aidilfitri pada kali ini turut meraikan pelajar-pelajar tahun akhir yang bakal meninggalkan tanah Volgograd pada bulan Jun akan datang. Semoga mereka akan menjadi salah satu kebanggaan Volgograd satu masa nanti, InsyaALLAH.

jasa mereka akan dikenang ;)

Pihak IMAM berterima kasih kepada semua ahli jawatankuasa raya 2011 kerana tanpa mereka ukhwah yang sudah sedia terjalin lama dahulu dapat dikuatkan lagi dengan program pada kali ini.





 pre-raya ;)

Akhir kata, pihak biro media IMAM mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. ;)



gambar ihsan dari: Hafidz Hassan

воскресенье, 2 октября 2011 г.

Program Orientasi Pelajar Tahun 1 2011

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnianya, maka selesailah satu program kelolaan IMAM Volgograd dengan naungan bersama pihak MSA, MCSC dan VMIA Volgograd, iaitu Program Orientasi Pelajar Tahun 1 2011 telah berjaya dilaksanakan semalam. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar baru kepada tempat pengajian mereka ini, iaitu Volgograd yang tercinta ini.



taklimat rigkas daripada Presiden Malaysian Student Association (MSA) Volgograd pada hari ketibaan para pelajar Batch 1 ke Volgograd.


Kesemua pelajar tahun 1 tidak tiba di Volgograd pada masa yang sama. Batch pertama tiba pada 13 September 2011. Batch yang kedua pula tiba pada 26 September, manakala Batch yang ketiga tiba keesokan harinya. Jumlah keseluruhan pelajar tahun 1 ialah seramai 58 orang, dan buat masa sekarang mereka ditempatkan di Hostel KIM terlebih dahulu sebelum berpindah ke Hostel Hiroshima.



para pelajar yang hadir ke program.


Sesi bersama presiden IMAM Volgograd

Program Orientasi berjalan dengan lancar. ada beberapa kesulitan telah berlaku, seperti kelewatan ketibaan pelajar baru ke dewan disebabkan ada antara mereka yang lambat pulang dari kelas. Namun, masa berjaya diuruskan dan program ditamatkan 20 minit lebih awal daripada yang sepatutnya iaitu pada pukul 7:20 malam.


Banyak amanat telah disampaikan oleh setiap wakil presiden persatuan, dan diharapkan agar para pelajar telah mencatit sesuatu di fikiran mereka tentang apa yang perlu mereka harungi, bagaimana ingin menjadi pelajar perubatan yang berjaya, dan yang paling penting ialah bagaimanakah caranya untuk diri masing-masing mengekalkan keperibadian muslim di negara komunis ini.


wallahualam.