Показаны сообщения с ярлыком Promosi. Показать все сообщения
Показаны сообщения с ярлыком Promosi. Показать все сообщения

воскресенье, 25 марта 2012 г.

Medical Cultural Night (MCN) IMAM VSC 2012

Assalamualaikum w.b.t!


setelah hampir sebulan Bulan IMAM dilancarkan, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan. hampir kesemua biro biro IMAM telah bekerja bersungguh-sungguh dalam memperkenal dan menjayakan aktiviti dan perancangan masing masing. alhamdulillah.


oleh itu, sebagai menghiasi majlis penutup Bulan IMAM 2012 ini, kami daripada pihak IMAM ingin mewujudkan sesuatu yang lain daripada yang lain, iaitu Medical Culture Night.


Aktiviti yang julung-julung kalinya diadakan di Volgograd bersempena dengan Majlis Penutup
Bulan IMAM 2012. Malam tersebut akan dihiasi dengan persembahan-persembahan daripada para
pelajar Volgograd State Medical University.Antara persembahan yang bakal menghiburkan anda
pada malam kebudayaan tersebut adalah :

1. Persembahan Nasyid
2. Deklamasi Sajak
3. Sketsa
4. Persembahan Band
5. Pencak Silat
6. Dikir Barat oleh "Warisan Bangsa"

MCN juga akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat daripada Pejabat Kedutaan
Malaysia ke Rusia.



Buat pengetahuan semua MCN terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang berada di Volgograd.
Jadi jangan lupa untuk mengajak kawan-kawan anda tidak mengira bangsa atau agama untuk turut serta dalam memeriahkan lagi malam kebudayaan tersebut.

Seperti yang sedia maklum sekarang sedang berlangsung aktiviti-aktiviti Bulan IMAM, jadi pada malam tersebut juga akan diadakan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.

Berikut merupakan butir-butir Medical Cultural Night (MCN) :

Tarikh : 31hb Mac 2012
Masa : 3.30-6.00 petang
Tempat : Aktovi Zal, VSMU 








Bersama memeriahkannya! insyaAllah!


wassalamualaikum.
















Muhammad Faizzuddin bin Abd Rahman,
Biro Media IMAMVSC 2012.

понедельник, 12 декабря 2011 г.

Promo Klinik PE

Assalamualaikum w.b.t

Saban tahun, kita telah dihantui dilemma ketidakcekapan para graduan Russia. Banyak rungutan daripada doktor tempatan terhadap masalah ini. Tidak cukup dimulut, kesangsian terhadap kemahiran dan kemampuan graduasi dicabar lagi di muka akhbar tempatan. Tidak kurang pula di blog-blog. isu hangat ini lagi dipertaruhkan.

"Kurang practical skill?"

Jangan risau!

kali ini IMAM dengan bangganya membawa kepada anda julung-julung kalinya Klinik Physical Examination. Di dalam klinik ini anda boleh mempelajari cara-cara untuk melakukan pemeriksaan fizikal dengan teratur dan mengikut langkah yang betul. di dalam klinik ini juga kami memberi panduan kepada anda tentang cara-cara untuk menanyakan soalan yang tepat kepada pesakit ketika proses clerking pesakit. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi! Nak tahu? sertai kami di Klinik PE akan datang!





Jangan lupa menonton video promo ini!


Semoga klinik ini dapat memberikan manfaat kepada semua warga Volgograd. Insya Allah.




Muhammad Faizzuddin bin Abd Rahman
Media IMAMVSC


среда, 7 декабря 2011 г.

AZAM Photo Contest!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh!

Berbakat namun kurang bernasib baik dalam photo contest baru baru ini??
Ingin mencuba sesuatu yang baru????????
Jom join AZAM photo contest!!!!!!
Hadiah lumayan menanti anda~~~



Berikut adalah syarat-syarat pertandingan!

Bertemakan KEAZAMAN, berikut adalah syarat-syarat pertandingan kali ini:

1. Terbuka kepada semua pelajar Malaysian di Rusia
2. PARA JURI yang dilantik tidak dibenarkan masuk
3. Gambar yang dihantar mestilah bertemakan KEAZAMAN
4. Maksimum gambar yang dihantar kepada pihak kami sebagai adalah
sebanyak 2 keping bagi setiap peserta.
5. Format gambar bebas, tetapi mestilah bertepatan dengan tema KEAZAMAN
6. POST EDITING adalah DIBENARKAN, mengikut kreativiti masing-masing.
7. PHOTO MANIPULATION adalah DILARANG sama sekali. Ini boleh
membuatkan penyertaan anda TERBATAL serta-merta
8. Watermark(nama pena) tidak dibenarkan.
9. Sebarang jenis kamera dibenarkan, hal ini kerana pihak kami tidak
mengadili berdasarkan kepada kualiti gambar, tetapi pada MESEJ yang
ingin disampaikan.
10. Setiap gambar yang dihantar kepada pihak kami tidak akan
dipulangkan dan akan menjadi hak milik AZAM Rusia. Pihak AZAM Rusia
mempunyai hak untuk menggunakan hasil karya peserta .
11. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada wakil lokaliti
masing-masing melalui medium fb: Razi Baik
12. Gambar yang ingin dihantar bolehlah diemailkan kepada akuperantau@gmail.com

Apa tunggu lagi. Jom lah join sekarang, sebelum terlambat!




wassalam.






Muhammad Faizzuddin bin Abd Rahman
Biro Media IMAM VSC

среда, 23 ноября 2011 г.

Serlahkan bakat anda!

Assalamualaikum w.b.t

Anda berbakat? tidak tahu macam mana hendak serlahkan bakat terpendam yang bergeliga itu? kami ada mediumnya! Jom sertai pertandingan serlahkan bakat anda! aktiviti ini diadakan bermula 27 November sehingga 4 Disember. masih tidak lambat untuk bersedia mulai sekarang!

Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang mungkin menarik minat anda:

- pertandingan hafadzan
- pertandingan mengarang sajak dan cerpen Islamik?
- pertandingan tulisan khat
- pertandingan gambar dan video
- pertandingan laungan azan
- pertandingan menyelesaikan puzzle
- kuiz harian

anda yakin anda mampu? anda tidak mahu sia-siakan peluang ini bukan? apa tunggu lagi. jom sertai!

banyak hadiah menanti anda!


klik gambar untuk paparan yang lebih jelas











Muhammad Faizzuddin
Ketua Biro Media IMAMVSC

воскресенье, 20 ноября 2011 г.

Mahsanah NOV/DIS

Assalamualaikum w.b.t


Tanggal 20 November 2011, majalah rasmi IMAM yang telah diberi nama 'Mahsanah' telah selamat diedarkan. Nama Mahsanah telah diambil daripada perkataan arab yang bermaksud 'sesuatu yang baik'. sejajar dengan namanya, pihak IMAM amat berharap agar majalah Mahsanah ini memberi pelbagai manfaat kepada para pembaca.


Untuk keluaran kali ini, kami lebih memfokuskan kepada perayaan Aidil Adha baru-baru ini. biarpun sedikit terlambat, namun ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya tidak mungkin terlambat untuk dikongsi. selain itu kami juga memuatkan artikel santai seperti komik, games dan juga resepi.


Bagi sesiapa yang tidak sempat membaca atau mendapatkannya, di bawah ini kami telah sertakan link untuk memuat turun Mahsanah edisi kali ini (Nov/Dis). InsyaAllah IMAM akan mengedarkan majalah setiap dua bulan sekali. 



klik gambar untuk muat turun Mahsanah NOV/DIS




tunggu Mahsanah edisi Jan/Feb pula!

воскресенье, 23 октября 2011 г.

Assalamualaikum w.b.t

Bekalan ayam halal di bumi Volgograd kini semakin berkembang dari semasa ke semasa. Jika diimbau kembali beberapa tahun yang lalu, bekalan ayam halal hanya boleh didapati di sesetengah tempat sahaja, seperti di Masjid Linkoranskaya, dan di sebuah pasar yang terletak di sebuah pasar yang dikenali sebagai Optovi Rinok. Namun, disebabkan beberapa halangan, seperti masa perjalanan yang panjang, dan lokasi penjualan yang agak jauh menyusahkan para pelajar untuk mendapatkan bekalan ayam halal.

Setelah beberapa lama, IMAM telah mengambil inisiatif dengan menempah ayam terus dari pembekal ayam, dan menghantar ke Hostel Hiroshima, namun disebabkan beberapa masalah, khidmat itu terpaksa diberhentikan. Alhamdulillah, sejurus selepas itu ayam halal mula dibekalkan di beberapa pasaraya utama di pusat bandar.

Kini, IMAM telah mengambil kembali langkah untuk menyediakan satu pusat pembekalan ayam halal yang baru kepada pelajar-pelajar muslim Volgograd. Diharapkan dengan pembukaan port yang baru ini dapat memudahkan pelajar-pelajar.





wallahualam.




Muhammad Faizzuddin Bin Abd Rahman
Biro Media IMAM VSC

суббота, 15 октября 2011 г.

Teaser Academic Minute

Assalamualaikum w.b.t


Biro Akademik IMAM akan melancarkan satu program terulung mereka iaitu Projek Academic Minute. Secara ringkasnya, Academic Minute akan membawa anda untuk mengikuti perkembangan terkini dalam bidang perubatan, sistem-sistem perubatan di Malaysia, dan juga banyak lagi fakta dan pengetahuan menarik yang mungkin kita tidak ketahui dalam dunia medik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang apakah sebenarnya projek Academic Minute, jangan ketinggalan untuk mengikuti perkembangannya nanti.


Jangan lupa untuk menonton video teaser Academic Minute di bawah ini!









wallahualam.






Muhammad Faizzuddin bin Abd Rahman
Biro Media IMAMVSC