воскресенье, 9 октября 2011 г.

Blog Biro Akademik IMAM 2011


assalamualaikum wbt..


Sejajar dengan misi utama IMAM iaitu untuk melahirkan bakal-bakal doktor muslim yang proaktif, produktif, berdaya saing, dan optimis, lantas Biro Akedemik IMAM yang menjadi tulang belakang pertubuhan bakal bergiat aktif bagi menyalurkan pelbagai maklumat yang berbumbungkan "perubatan".


 Justeru, insyallah bagi memastikan kami bergerak ke arah merealisasikan misi tersebut, Biro Akademik IMAM akan meneruskan lagi penyampaian sebarang bahan akademik untuk dikongsi bersama para pelajar di Volgograd secara khususnya melalui blog khas Biro Akademik IMAM.


Namun, pihak kami juga sangat mengalu-alukan idea dan sebarang perkongsian bahan akademik dan sekiranya ada, anda bolehlah menghubungi kami atau menghantar cadangan dan sebarang infomasi melalui email Biro Akademik IMAM di bpippim@gmail.com.




Sesungguhnya, perkongsian daripada anda semua adalah untuk kebaikan kita bersama. 



header blog rasmi biro akademik IMAM.


ada laman perkongsian untuk anda!

untuk ke laman rasmi blog Biro Akademik, sila klik Biro Akademik di navigator pane, atau klik SINI

wallahualam.






суббота, 8 октября 2011 г.

Aidilfitri 2011


2 October 2011, a date to remember…

Walaupun berlalu sudah syawal bagi umat islam di seluruh dunia, namun ia tidak mematahkan semangat penghuni bumi Volgograd untuk turut sama menyambut syawal bersama sahabat handai. Alhamdulillah dengan kerjasama antara IMAM, UMNO dan MSA program yang dirancang berjalan dengan lancar.

Biarpun komuniti islam di bumi Soviet ini tidaklah seramai mereka di negara-negara islam yang lain namun, ini tidak bermakna raya kali ini suram. Walaupun sambutan diadakan cukup serdahana jika dibandingkan dengan sambutan Aidilfitri  yang dianjurkan oleh pihak Embassy Moscow namun ia tetap meninggalkan kenangan yang cukup manis buat kami di bumi Soviet.


Pelbagai persembahan disajikan untuk memeriahkan lagi sambutan pada kali ini seperti persembahan silat, band, kuiz, slide show dan bermacam-macam lagi. Program ini turut dihadiri oleh pelajar non-muslim bagi memeriahkan lagi majlis yang diadakan. 

persembahan band menghangatkan lagi suasana hari raya


persembahan silat








antara mereka yang hadir memeriahkan majlis
Denise dan Nina turut menghadiri majlis sambutan Aidilfitri 2011

Biro kirovsky turut mengambil peluang yang ada untuk mengumpul dana bagi membantu merealisasikan pembinaan Kirovsky Islamic Centre melalui jualan request. 


membeli sambil menderma-kirovsky

Melalui kesempatan yang diberikan, majlis sambutan Aidilfitri pada kali ini turut meraikan pelajar-pelajar tahun akhir yang bakal meninggalkan tanah Volgograd pada bulan Jun akan datang. Semoga mereka akan menjadi salah satu kebanggaan Volgograd satu masa nanti, InsyaALLAH.

jasa mereka akan dikenang ;)

Pihak IMAM berterima kasih kepada semua ahli jawatankuasa raya 2011 kerana tanpa mereka ukhwah yang sudah sedia terjalin lama dahulu dapat dikuatkan lagi dengan program pada kali ini.





 pre-raya ;)

Akhir kata, pihak biro media IMAM mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. ;)



gambar ihsan dari: Hafidz Hassan

пятница, 7 октября 2011 г.

Makanan Kegemaran Rasulullah SAW

Salam alaikum


Hari ini diri kita masih sihat, masih bernyawa dan mampu menggunakan paru-paru untuk mengepam keluar masuk oksigen daripada luar kedalam tubuh, dan keluar semula. Alhamdulillah, itu juga satu nikmat.


Kita semua tahu, makanan berkhasiat boleh menyediakan kita tubuh yang mantap, pemikiran yang tangkas dan cekap. Kita juga sudah menteliti piramid makanan sejak dari bangku sekolah lagi, dan boleh dikirakan sebagai arif tentang makanan apa yang perlu diambil untuk sihat. jika ditanya pada setiap orang, makanan apa yang menyihatkan? rata-rata mesti menjawab sayur, bijirin, buah-buahan, dan sebagainya.


Ya, betul semua jawapan anda. Tapi kali ini kami ingin menyentuh tentang makanan kegemaran Baginda Nabi Muhammad SAW. Tahukah anda apakah makanan kegemaran baginda?


1. Barli

bali ini sangat sedap dibuat minuman. juga boleh menghilangkan kepanasan, dan demam.



2. Kurma



3. Buah Tin

Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda " Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan."


4. Anggur


5. Madu

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit"
6. Tembikai

Nabi Muhammad SAW turut memakan buah tembikai selain daripada buah tamar. Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah RA berkata: “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah”

7. Susu
Dari Ibnu Abbas r.a,dia menceritakan:

"bersama Rasulullah s.a.w,aku dan Khalid bin Walid menemui Maimunah,lalu dia(Maimunah) membawakan kami satu benjana berisi susu,lalu baginda meminum sebahagian darinya.Pada waktu itu,aku berada di sebelah kanan baginda,sedangkan Khalid berada di sebelah kirinya.kemudian baginda berucap kepadaku,
'selanjutnya minuman ini gilirinmu,jika engkau berkenan,berikan kepada Khalid.
Kemudian baginda bersabda,
'Tidak ada makanan dan minuman yang menandingi susu."

(Hadist riwayat Ibnu Majah)
8. Cendawan

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda." cendawan adalah penyembuh untuk mata. juga boleh digunakan untuk mengawal kehamilan dan mengelakkan kelumpuhan".


9. Minyak Zaitun




10. Buah Delima

Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahwa Rasulullah bersabda yang ertinya, “ Makanlah buah delima beserta minyak dan atau lemaknya karena ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad)
11. Cuka


12. Air

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,"Air adalah minuman terbaik di dunia ini, ketika dahaga minumlah dengan hirupan dan bukan dengan gelojoh, kerana gelojoh boleh membawa penyakit hati"



Berikut adalah serba sedikit info tentang makanan yang berkhasiat menjadi kegemaran Rasulullah SAW.


Makanan rasulullah, makanan orang yang mencintai kita sebelum kita lahir lagi sememangnya sangat bermanfaat. tidak dijadikan amalan oleh Nabi jikalau makanan itu memudaratkan diri sendiri. pasti ada sebab mengapa Rasulullah meninggalkan semua ini kepada kita. sama-samalah kita mengkajinya. 




“dan makanlah makanan yang halal lagi baik (thayib) dari apa yang telah dirizkikan kepadamu dan bertaqwalah kepada Allah dan kamu beriman kepada-Nya”   
al-Maidah:88


wallahualam.