2 October 2011, a date to remember…
Walaupun berlalu sudah syawal bagi umat islam di seluruh dunia, namun ia tidak mematahkan semangat penghuni bumi Volgograd untuk turut sama menyambut syawal bersama sahabat handai. Alhamdulillah dengan kerjasama antara IMAM, UMNO dan MSA program yang dirancang berjalan dengan lancar.
Biarpun komuniti islam di bumi Soviet ini tidaklah seramai mereka di negara-negara islam yang lain namun, ini tidak bermakna raya kali ini suram. Walaupun sambutan diadakan cukup serdahana jika dibandingkan dengan sambutan Aidilfitri yang dianjurkan oleh pihak Embassy Moscow namun ia tetap meninggalkan kenangan yang cukup manis buat kami di bumi Soviet.
Pelbagai persembahan disajikan untuk memeriahkan lagi sambutan pada kali ini seperti persembahan silat, band, kuiz, slide show dan bermacam-macam lagi. Program ini turut dihadiri oleh pelajar non-muslim bagi memeriahkan lagi majlis yang diadakan.
persembahan band menghangatkan lagi suasana hari raya
persembahan silat
antara mereka yang hadir memeriahkan majlis
Denise dan Nina turut menghadiri majlis sambutan Aidilfitri 2011
Biro kirovsky turut mengambil peluang yang ada untuk mengumpul dana bagi membantu merealisasikan pembinaan Kirovsky Islamic Centre melalui jualan request.
membeli sambil menderma-kirovsky
Melalui kesempatan yang diberikan, majlis sambutan Aidilfitri pada kali ini turut meraikan pelajar-pelajar tahun akhir yang bakal meninggalkan tanah Volgograd pada bulan Jun akan datang. Semoga mereka akan menjadi salah satu kebanggaan Volgograd satu masa nanti, InsyaALLAH.
jasa mereka akan dikenang ;)
Pihak IMAM berterima kasih kepada semua ahli jawatankuasa raya 2011 kerana tanpa mereka ukhwah yang sudah sedia terjalin lama dahulu dapat dikuatkan lagi dengan program pada kali ini.
pre-raya ;)
Akhir kata, pihak biro media IMAM mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. ;)
gambar ihsan dari: Hafidz Hassan
0 коммент.:
Отправить комментарий