воскресенье, 23 октября 2011 г.

Assalamualaikum w.b.t

Bekalan ayam halal di bumi Volgograd kini semakin berkembang dari semasa ke semasa. Jika diimbau kembali beberapa tahun yang lalu, bekalan ayam halal hanya boleh didapati di sesetengah tempat sahaja, seperti di Masjid Linkoranskaya, dan di sebuah pasar yang terletak di sebuah pasar yang dikenali sebagai Optovi Rinok. Namun, disebabkan beberapa halangan, seperti masa perjalanan yang panjang, dan lokasi penjualan yang agak jauh menyusahkan para pelajar untuk mendapatkan bekalan ayam halal.

Setelah beberapa lama, IMAM telah mengambil inisiatif dengan menempah ayam terus dari pembekal ayam, dan menghantar ke Hostel Hiroshima, namun disebabkan beberapa masalah, khidmat itu terpaksa diberhentikan. Alhamdulillah, sejurus selepas itu ayam halal mula dibekalkan di beberapa pasaraya utama di pusat bandar.

Kini, IMAM telah mengambil kembali langkah untuk menyediakan satu pusat pembekalan ayam halal yang baru kepada pelajar-pelajar muslim Volgograd. Diharapkan dengan pembukaan port yang baru ini dapat memudahkan pelajar-pelajar.





wallahualam.




Muhammad Faizzuddin Bin Abd Rahman
Biro Media IMAM VSC

0 коммент.:

Отправить комментарий