среда, 19 октября 2011 г.

Program Dua Dalam Satu

Assalamualaikum w.b.t


Tanggal 16 Oktober 2011, IMAM Volgograd telah mengadakan program dua dalam satu, iaitu Program Lawatan Kirovsky dan juga Majlis Pelantikan Ahli IMAM bagi sesi 2011/2012 yang bertempat di Masjid Kirovsky. Antara tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan Masjid Kirovsky kepada semua pelajar Muslim Tahun 1, selain mendekatkan lagi warga muslimin Volgograd kepada masyarakat Islam setempat. Selain itu juga, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan kepada umum organisasi baru yang akan menerajui IMAM pada sesi kali ini.


Alhamdulillah, program ini disertai oleh semua pelajar muslim dan muslimah Tahun 1. Beberapa orang wakil IMAM ini telah dihantar ke Hostel KIM untuk mengambil pelajar-pelajar, dan bersama-sama mereka ke Masjid Kirovsky dengan menaiki dua buah van (mashyrut) yang telah ditempah oleh IMAM.


Program dimulakan dengan bacaan doa, dan seterusnya ucapan ringkas daripada Imam Masjid Kirovsky iaitu Imam Rustam, dan dituruti pula dengan ucapan wakil-wakil persatuan MSA dan UMNO Volgograd. Aktiviti diteruskan dengan Majlis Pelantikan Organisasi baru IMAM. 


Beberapa aktiviti lain turut diadakan bersama program ini, antaranya adalah Forum Fiqh yang dikelolai oleh Saudara Razi dan juga dua ahli panelnya yang mantap; Saudara Ahmad Ramdan Zainordin dan Saudara Ahmed bin Kamarulzaman. Pelbagai persoalan telah diutarakan didalam sesi forum ini, dan alhamdulillah jawapan dari panel-panel telah menzahirkan apa yang kabur. Malangnya, disebabkan oleh kekangan masa, forum terpaksa diberhentikan dan banyak soalan tidak dapat diselesaikan.


Majlis ini berakhir dengan sedikit jamuan yang telah disediakan oleh IMAM dan sedikit sesi jualan makanan bersama Biro Kirovsky.


Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai hadaf-hadafnya. Banyak perkara telah kami pelajari sepanjang pengurusan program. Kami juga mendapat amanat berharga daripada presiden UMNO dan MSA yang kami merasakan penting sebagai tunjuk ajar kepada muka-muka baru seperti kami dalam organisasi ini dalam memimpin satu lagi persatuan di bumi Volgograd.






















Muhammad Faizzuddin bin Abd Rahman
Biro Media IMAMVSC

0 коммент.:

Отправить комментарий